mattzzx Publish time 24-3-2024 05:13 PM

Pan-gon mahu Oman berduka di SNBJ

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kim332_1711268515.jpg
KIM Pan-gon. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: Kemenangan Oman terhadap Malaysia tempoh hari bukanlah bermakna pasukan terbabit boleh tersenyum lebar atau berasa selesa memimpin kumpulan D dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Skuad kendalian Kim Pan-gon yang terkenal dengan kemampuan melakukan kejutan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah pastinya tidak mahu Oman terus memperkotak-katikkan skuad Harimau kelak.

Pan-gon berkata, suasana dan aura stadium keramat iaitu SNBJ pastinya berbeza di Oman sekali gus mampu menghadiahkan keputusan positif buat pasukan kebangsaan pada pertemuan Selasa ini.

"Sekarang (perlawanan pertama) tahap fizikal kami tidak berada pada tahap yang diharapkan namun apabila bermain di gelanggang sendiri ia pasti berbeza. Harapannya adalah kami akan terus mencuba dan kami kena teruskan harapan.


"Apa juga situasinya, kita masih ada tiga perlawanan lagi, jadi lebih baik bersikap positif dan melihat lebih ke depan. Kami akan merangka pelan untuk menghadapi satu lagi perlawanan dengan Oman.

"Saya tidak ada rungutan terhadap pemain, kekal hargai sumbangan mereka yang mencuba sehabis baik. Kita tahu peminat mungkin kecewa tetapi kami akan cuba bersiap sedia utuk berikan aksi terbaik," katanya.

Pada kunjungan ke Muscat sebelum ini, Pan-gon sudah pun menyedari kesukaran dihadapi anak buahnya yang dianggap tidak memiliki kecergasan terbaik kerana saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya akan buka tirai Mei ini.

Untuk rekod, Harimau Malaya memulakan kempen Kumpulan D dengan langkah kanan apabila membenam Kyrgyzstan 4-3 di Bukit Jalil sebelum meneruskan rentak sama dengan menewaskan Taiwan 1-0 di Taipei.

Kekalahan sulung Harimau Malaya, Jumaat lalu menyaksikan skuad negara kini berada di tangga ketiga, berkongsi enam mata dengan Oman dan Kyrgyzstan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073486/pan-gon-mahu-oman-berduka-di-snbj
Pages: [1]
View full version: Pan-gon mahu Oman berduka di SNBJ


ADVERTISEMENT