mattzzx Publish time 24-3-2024 05:10 PM

Jangan cepat berpuas hati

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Bawah_236_1711266422.jpg
SKUAD B-23 giat menjalani latihan menjelang Piala Asia. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Kemenangan 2-1 menentang India pada Jumaat bukanlah bermakna skuad bawah 23 tahun (B-23) negara sudah sempurna dan mantap dalam semua aspek sebelum mengharungi Piala Asia B-23 bulan depan.

Pemain tengah skuad B-23 negara Mohammad Saiful Jamaluddin berkata, walaupun mencatatkan kemenangan pada aksi terbabit namun hakikatnya banyak kelemahan pasukan terserlah dan perlu diperbaiki segera demi membentuk skuad terbaik ke Qatar.

Pemain berusia 22 tahun itu turut mendedahkan bahawa latihan yang dijalani semasa bulan puasa ini berjalan dengan lancar, dan masing-masing dapat berikan komitmen terbaik terhadap apa yang diminta oleh jurulatih.

"Pada perlawanan semalam, kami cuba terapkan apa jua perkara yang jurulatih ajarkan kepada kami. Bagaimanapun, banyak yang perlu diperbaiki untuk kita hasilkan keputusan yang masih positif pada perlawanan akan datang.


"Antara yang perlu ditambah baik adalah dari segi set pieces, corak pertahanan, bahagian serangan dan mencipta gol untuk kami dapat kekalkan hasil terbaik di perlawanan kedua nanti.

"Memang semua pemain idamkan kemenangan, tetapi kita tidak tahu kita akan kalah atau menang namun kami semua akan cuba beri kemenangan," katanya.

Skuad B-23 dijadualkan bakal menjalani empat lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang pasukan sama, India pada 25 Mac depan, China pada 3 April, Qatar (6 atau 7 April) dan satu lagi perlawanan persahabatan yang sedang dicari untuk melengkapkan lima aksi keseluruhannya.

Inisiatif ini juga bagi mendapatkan keserasian antara pemain dan jurulatih seterusnya menguji kekuatan mereka, menjelang kempen Piala Asia B-23 di Doha, Qatar yang bermula pada 15 April hingga 3 Mei 2024.

Terdahulu, skuad kendalian Juan Torres Garrido telah menampilkan persembahan cemerlang dalam aksi persahabatan pertama bertemu pasukan India pada Jumaat lalu, sekali gus menyaksikan keputusan 2-1 pada perlawanan tertutup itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073468/jangan-cepat-berpuas-hati
Pages: [1]
View full version: Jangan cepat berpuas hati


ADVERTISEMENT