mattzzx Publish time 24-3-2024 04:48 PM

Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/cuaca-panas-murid-pelajar.jpeg
PIHAK sekolah disaran agar menangguhkan aktiviti di luar bilik darjah ketika musim panas.

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan sekolah atau institusi termasuk Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) harus menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, ini adalah salah satu langkah pencegahan yang boleh diambil oleh semua institusi pendidikan bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Katanya, langkah itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan seluruh warganya ketika menghadapi cuaca panas sepanjang bulan Ramadan ketika ini.

“Mereka perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Ini termasuk menasihati murid minum air dalam kuantiti yang sesuai ketika bersahur dan berbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/24/tangguh-aktiviti-luar-bilik-darjah-jika-cuaca-terlalu-panas/
Pages: [1]
View full version: Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas


ADVERTISEMENT