mattzzx Publish time 24-3-2024 01:49 PM

Vinales ketepikan masalah sakit perut

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-POR-MOTOGP-SPRINT_1711257358.jpg
VINALES meraikan kejayaan memenangi perlumbaan pecut GP Portugal. FOTO AFP

Portimao: Maverick Vinales yang memenangi perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Portugal semalam mengakui setibanya di negara berkenaan dia masih belum pasti sama ada mampu untuk memulakan tunggangan.

Vinales, yang menyertai Aprilia pada 2021 selepas disingkirkan daripada Yamaha memperoleh keputusan terbaiknya untuk pasukan Itali walaupun mengalami masalah perut pada minggu ini.

"Setibanya di sini, saya tidak tahu sama ada saya akan menunggang," kata Vinales.

"Dan kini kemenangan pertama saya bersama Aprilia."


"Hari ini (semalam) saya berasa sangat ia baik," katanya.

"Ia adalah satu masa yang panjang. Rasanya luar biasa. Saya tidak pernah meragui bahawa saya akan kembali."

"Kami menunjukkan bahawa kami sedang mencari jalan. Hari ini, saya sangat seronok bergaduh dengan yang lain

Marc Marquez yang 'dihidupkan semula' mendapat tempat kedua selepas menewaskan Jorge Martin pada pusingan terakhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/03/1073393/vinales-ketepikan-masalah-sakit-perut
Pages: [1]
View full version: Vinales ketepikan masalah sakit perut


ADVERTISEMENT