mattzzx Publish time 24-3-2024 01:35 PM

5 lelaki ditahan kes polis maut dipukul

https://assets.bharian.com.my/images/articles/PDRM-gari_1711257113.jpg
KAJANG: Polis sudah menahan lima lelaki dan mengesan beberapa lagi suspek yang terbabit memukul anggota polis sehingga maut di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan semalam di sekitar daerah ini dan usaha mengesan beberapa individu lagi sedang dijalankan.

"Bedah siasat petang semalam mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di kepala akibat hentakan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dihubungi hari ini.


Media semalam melaporkan seorang anggota polis maut dipercayai dipukul di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini.

Dalam kejadian jam 3 pagi, anggota berpangkat koperal berusia 34 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di lokasi.

Hussein berkata, mangsa adalah anggota polis yang berkhidmat di Kontinjen Kuala Lumpur.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1227270/5-lelaki-ditahan-kes-polis-maut-dipukul
Pages: [1]
View full version: 5 lelaki ditahan kes polis maut dipukul


ADVERTISEMENT