mattzzx Publish time 24-3-2024 01:20 PM

912.5kg karkas lembu dirampas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KARKASXX_1711255372.jpg
Anggota penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) memeriksa karkas lembu yang dirampas dalam serbuan berhampiran sebuah pasar di Bukit Mertajam. FOTO Ihsan JPVPP

Bukit Mertajam: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang merampas 912.5 kilogram (kg) karkas lembu bernilai RM36,500 dalam serbuan berhampiran sebuah pasar, di sini, hari ini.

Dalam serbuan pada 6.20 pagi, anggota penguatkuasa JPVPP menahan sebuah pacuan empat roda sebelum pemeriksaan lanjut menemui karkas berkenaan.

Pengarah JPV negeri, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pemeriksaan mendapati karkas lembu itu dipercayai bukan disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan oleh JPV.

Menurutnya, pihaknya merampas karkas lembu berkenaan untuk tindakan lanjut.


"Nilai rampasan karkas lembu dan kenderaan dianggarkan RM81,500. Kes ini adalah rampasan terbesar yang dijalankan oleh pihaknya untuk tahun ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah binatang (Kawalan Penyembelihan 2009).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1073369/9125kg-karkas-lembu-dirampas
Pages: [1]
View full version: 912.5kg karkas lembu dirampas


ADVERTISEMENT