mattzzx Publish time 24-3-2024 12:52 PM

Argentina menang tanpa Messi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/ARGENTINA.jpg
ARGENTINA berjaya meraih kemenangan selesa ke atas El Salvador biarpun tanpa kelibat Messi yang mengalami kecederaan. - AFP

PHILADELPHIA – Pasukan Argentina membuktikan bahawa mereka sudah boleh hidup tanpa Lionel Messi apabila berjaya melakar kemenangan 3-0 ke atas El Salvador pada aksi persahabatan antarabangsa semalam.

Pada perlawanan di Stadium Lincoln Financial itu, skuad La Albiceleste berjaya meraih gol menerusi jaringan Cristian Romero, Enzo Fernandez dan Giovani Lo Celso.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah prestasi cemerlang ditampilkan oleh bintang muda Manchester United, Alejandro Garnacho yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada awal babak kedua.

Pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez percaya Garnacho kini semakin selesa mewakili pasukan kebangsaan dan sememangnya perlu menggunakan ruang serta peluang tanpa kehadiran Messi untuk mendapat minit permainan sebanyak mungkin.

“Kali ini jurulatih telah memberikan minit permainan yang banyak buat Garnacho dan kami di sini semua mahu membantunya mencipta nama bersama skuad kebangsaan.

“Dia telah menunjukkan potensi yang bagus pada sesi latihan dan kami percaya dia akan menjadi pemain yang hebat pada satu hari nanti memandangkan usianya yang masih muda,” katanya.

Sementara itu, Messi terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan kelmarin kerana mengalami masalah hamstring dan turut terlepas aksi persahabatan kedua bertemu Costa Rica minggu depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03/24/argentina-menang-tanpa-messi/
Pages: [1]
View full version: Argentina menang tanpa Messi


ADVERTISEMENT