mattzzx Publish time 24-3-2024 10:37 AM

27,000 tentera tak berpencen sudah dapat RM300 sebulan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/TenteraMalaysia-31j_1628496806_1711246525.jpg
FOTO hiasan.

ALOR GAJAH: Seramai 27,000 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat ini.

Penyaluran bantuan bulanan itu dilaksanakan sejak September lalu dengan menyasarkan veteran ATM yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerajaan komited membantu veteran ATM dengan peningkatan peruntukan sebanyak 167 peratus pada tahun ini dan sentiasa memantau aspek kebajikan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

"Sumbangan paling besar yang kita beri pada tahun ini adalah BSH kepada anggota veteran tidak berpencen. Mereka selama ini hanya dapat bantuan 'one-off' atau sekali bayar, kadang-kadang satu tahun sekali.


"Sekarang ini kita bagi RM300 sebulan kepada mereka yang berada di bawah garis kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Parlimen Alor Gajah di Gangsa, dekat sini, malam tadi.

Mengenai kesiapsiagaan aset udara ATM dalam membantu operasi pembenihan awan (OPA) susulan cuaca panas ketika ini, Adly memaklumkan, pihaknya sedia memberikan kerjasama penuh jika diminta.

"Biasanya jika ada permintaan daripada pihak berkaitan, kita beri kerjasama dan aset kita juga dalam keadaan bersedia. Sebelum ini kita pernah buat di Sabah dan jika di Semenanjung ada tuntutan pun, kita akan bantu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227207/27000-tentera-tak-berpencen-sudah-dapat-rm300-sebulan
Pages: [1]
View full version: 27,000 tentera tak berpencen sudah dapat RM300 sebulan


ADVERTISEMENT