mattzzx Publish time 24-3-2024 10:14 AM

Ferguson terlepas peluang jadi wira Ireland

https://assets.bharian.com.my/images/articles/fergauedfg2i4gs_1711245426.jpg
Penyerang Brighton, Evan Ferguson gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Ireland ketika aksi persahabatan menentang Belgium di Stadium Aviva, Dublin. - Foto REUTERS

DUBLIN: Penyerang Brighton, Evan Ferguson gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Ireland terikat 0-0 dengan Belgium dalam aksi persahabatan di Dublin.

Keputusan seri itu melebarkan rekod tanpa kalah Belgium, yang kini menghuni ranking keempat dunia, kepada 12 perlawanan, bermula dari Piala Dunia 2022.

Pelawat, turun tanpa Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku yang cedera, menguasai permainan tetapi Ireland mencipta peluang lebih baik, dengan pemain baharu Sammie Szmodics beberapa kali hampir memecah kebuntuan.

Skuad tuan rumah, yang dikendali sementara John O'Shea, turut mempunyai peluang keemasan apabila pemain Atletico Madrid, Arthur Vermeeren didapati menyentuh bola dengan tangan dan pengadil, Rohit Saggi memberikan sepakan penalti.


Ferguson, yang kemarau jaringan sejak empat bulan lalu, tampil mengambil sepakan tetapi tergelincir ketika kakinya terkena bola dan penjaga gol Nottingham Forest, Matz Sels menyelamatkan penalti minit ke-28 itu.

Pengendali Belgium, Domenico Tedesco memasukkan pemain Manchester City, Jeremy Doku menggantikan Leandro Trossard di babak kedua, tetapi gagal menembusi benteng Ireland yang dikawal Caoimhin Kelleher.

Belgium akan berdepan England di Wembley pada Selasa sebagai persiapan menghadapi Euro 2024 di Jerman.

Anak buah Tedesco diundi dalam kumpulan sama dengan Romania, Slovakia serta pemenang antara Ukraine dan Ireland. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1227206/ferguson-terlepas-peluang-jadi-wira-ireland
Pages: [1]
View full version: Ferguson terlepas peluang jadi wira Ireland


ADVERTISEMENT