sekngucing Publish time 12-3-2011 08:54 PM

[2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]

Post Last Edit by isabel at 16-11-2011 13:36

poU6ZWhlcD0

Filem BUNOHAN mengisahkan tiga adik beradik Ilham, Bakar dan Adil yang pulang ke kampung halaman mereka berdekatan dengan sebuah hutan paya bakau terpencil dengan jalan hidup dan takdir yang berbeza-beza.

Adil Zahiril Adzim) merupakan anak bongsu yang sedang melarikan diri daripada pertandingan "kickboxing" haram, manakala Ilham (Faizal Hussein) adalah anak sulung yang menjadi pembunuh upahan yang sedang mencari mangsa terbarunya.

Bakar (Pekin Ibrahim), anak kedua, yang menjadi oportunis dalam menyatukan masalah-masalah masalah-masalah mereka dalam satu drama yang penuh dengan penipuan, kekecewaan dan pembunuhan. Sebagaimana cepatnya hidup mereka kembali bersatu, secepat itulah juga talian kekeluargaan mereka dipisahkan.

sekngucing Publish time 12-3-2011 09:17 PM

http://1.bp.blogspot.com/-Rsv6lBeXLHk/TXfwU6n0AaI/AAAAAAAAHwk/tcA9pji3JfY/s1600/POK%2BENG%2Bthe%2Bfather%2B%2528Wan%2BHanafi

sekngucing Publish time 12-3-2011 09:18 PM

http://2.bp.blogspot.com/-p2YNR2xocOY/TXfwUy6NfNI/AAAAAAAAHwc/I0V55m-FoY0/s1600/BAKAR%2B%2528Pekin%2BIbrahim%2529%2B02.jpg

sekngucing Publish time 12-3-2011 09:18 PM

http://1.bp.blogspot.com/-78vCuQ58UY4/TXfwUi-JDbI/AAAAAAAAHwU/Cah-LXLgoVo/s1600/ILHAM%2B%2528Faizal%2BHussein%2529%2Barrives%2Bin%2BBunohan.jpg

sekngucing Publish time 12-3-2011 09:18 PM

http://2.bp.blogspot.com/-Yc9aHQ0j8TM/TXfwUaT77tI/AAAAAAAAHwM/c9Ru8Mjm-2M/s1600/ADIL%2B%2528Zahiril%2BAdzim%2529%2Bin%2BTomoi%2BMatch.JPG

sekngucing Publish time 12-3-2011 09:19 PM

http://3.bp.blogspot.com/-4bTd3Poe7s0/TXfwVU3MQjI/AAAAAAAAHws/cyQI6HzrJbA/s1600/%2528l-r%2529%2BADIL%2B%2528Zahiril%2BAdzim%2529%2B%2526%2BMUSKI%2B%2528Amerul%2BAffendi%2529%2Bon%2Bthe%2Brun.jpg

cmf_GAIA Publish time 13-3-2011 05:40 AM

Filem ni nampak promising, pengarah dia yg buat Dukun tu ke?

budaktua Publish time 13-3-2011 07:31 AM

yep.. sgt promising. harap2 jgn trailer je yg promising...

seingat aku mmg ada kampung di kelantan nama bunohan... tp lupa kat belah mana. kws pasir mas kot...

alyssasarah Publish time 13-3-2011 02:41 PM

Bila nak kuar ni?

card_reader Publish time 13-3-2011 03:04 PM

bunohan nie name tempat...........:laugh3:

xiemean Publish time 13-3-2011 03:16 PM

nama kampung kat tumpat kelantan...xtahan aku tengok gambar2 kat atas tu sumer buat HDR tu..kekekeke

sekngucing Publish time 13-3-2011 03:21 PM

1. memang pengarah Dukun la ni, kesian Dukun tak lepas utk ditayangkan
2. Bunohan ni nama tempat di Tumpat , kelantan, masa pegi sana lama dulu aku heran kenapa nama sini Bunohan?

-"silalah datang ke kampung saya" >>> ayat tak bleh blah :laugh3:

buiscasey Publish time 13-3-2011 05:34 PM

oo.. tempat tu memang wujud ker? aku ingat fictional jer...

cerita ni sgt menarik. tak sabar nak tgk...{:1_152:}

susano Publish time 14-3-2011 10:00 AM

wow...nmpk mantap... satu lg cubaan menarik nih......

budaktua Publish time 14-3-2011 11:53 AM

bestnya bila kita ada pilihan yg banyk utk filem msia yg bagus....

bagaimana pun utk pembikin2 filem, jgn terlalu berharap kpd semangat patriotik negara sj...
klu best, filem lu org tgk.. tak yah nak kempen2 tata rakyat bagai..
klu sebaliknya... sori naik lori.......:C

kecimpret Publish time 14-3-2011 04:26 PM

zahiril azim ni mmg sesuai pelem fight2...sejak dr pelem 'gadoh' yg di ban tu lg wa tgk dah terserlah ciri2 pailang dlm diri dia:lol: :lol:

johan3036 Publish time 14-3-2011 05:15 PM

nampak bagus...majulah filem malaysia ku....this year merong & bunuhan...so far yg nmpk menarik..

saudagar_mimpi Publish time 20-3-2011 11:10 AM

bagi aku faizal hussien antara pelakon yg tk dieksploit dengan baik bakatnya oleh pengarah2 kt malaysia nih..:D

sekngucing Publish time 1-9-2011 10:01 PM

FILEM BUNOHAN BAKAL DILANCARKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TORONTO; MENDAPAT UNIVERSAL PICTURES SEBAGAI PENGEDAR

Filem aksi-drama yang dinanti-nantikan, Bunohan akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) sebagai tayangan perdana di peringkat antarabangsa. Bunohan dipilih secara rasmi untuk festival ini dalam seksyen Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia.

Menurut Giovanna Fulvi, programmer kepada TIFF:
"Sekali pandang, ianya realistik dan bergaya. Bunohan adalah filem yang mempunyai kuasanya tersendiri. Arahan Said yang mantap, menjamin persembahan yang kuat daripada barisan pelakonnya, yang hampir keseluruhannya lelaki. "

TIFF, festival yang paling berprestij di Amerika Utara akan berlangsung pada 8-18 September 2011, sementara Bunohan ialah satu-satunya filem yang mewakili Malaysia pada tahun ini.

Pembikin filem Dain Said mempunyai sebuah lagi alasan untuk berbangga bulan ini. Bunohan telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk UK, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Bila dihubungi Bangkok di mana beliau sedang menyiapkan filemnya untuk dihantar ke Toronto, Dain berkata, "Ini adalah berita gembira. Saya benar-benar tidak mengharapkan apa-apa, tetapi sekarang ianya terjadi. Apa yang boleh saya katakan? Saya berasa teruja, terutamanya untuk semua tenaga produksi dan para pelakon yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan filem ini. '

Filem ini dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor. Selain mereka, kami juga berbangga mempunyai model tinggi lampai Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Dain Said, dan diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok dari Entertainment Convergence pula bertindak sebagai Penerbit Bersama. Bunohan dihasilkan oleh syarikat perfileman Apparat yang dimiliki oleh Dain sendiri dan diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films.

Zep Publish time 2-9-2011 05:35 PM

Nampak menarik filem ni. Bagi aku zahiril hanya sesuai belakon independent movies, once dia dah masuk mainstream movies, drama etc aku rasa macam nak bagi penyepak je.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]


ADVERTISEMENT