mattzzx Publish time 24-3-2024 10:11 AM

Endrick cipta sejarah, bantu Brazil benam England

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-FRIENDLY-ENG-BRA_REPORT_1711239321.jpg
ENDRICK meraikan jaringan kemenangan yang disumbangkannya. FOTO Reuters

London: Bos baharu Brazil, Dorival Junior memulakan usahanya untuk menghidupkan semula juara dunia lima kali itu dengan kemenangan 1-0 ke atas England ketika pemain sensasi remaja Endrick menyumbat gol antarabangsa pertamanya pada aksi persahabatan pagi tadi di Wembley.

Selepas tempoh terburuk mereka selama lebih 60 tahun, Brazil berharap Dorival Junior boleh mencetuskan kebangkitan pada masanya untuk mencabar Piala Dunia 2026.

Ini adalah langkah penting pertama ke arah yang betul untuk Selecao.

Ia penampilan sulung pengurus mereka dengan kemenangan menentang pasukan England yang dijangka membuat cabaran kuat untuk memenangi Euro 2024.


Pada malam yang menyayat hati untuk Brazil selepas mereka dirundung malang pada 2023, memang sesuai untuk Endrick mendapat penilaian tinggi dalam membantu kemenangan lewat Brazil.

Penyerang Palmeiras itu, yang akan menyertai Real Madrid pada Julai, diramalkan akan menggantikan Neymar sebagai bintang terbaharu Brazil.

Dia yang masuk sebagai pemain gantian membuktikan usia sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menyinar dalam aksi ketiganya bersama Brazil.

Endrick mencuri tumpuan pada minit ke-80 apabila pemain remaja itu menolak masuk bola ke dalam gawang, menafikan rayuan England untuk ofsaid selepas sepakan Vinicius Junior diselamatkan oleh Jordan Pickford.

Berumur 17 tahun dan 246 hari, Endrick ialah penjaring gol antarabangsa senior termuda di Wembley.

Dia juga pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Brazil sejak Ronaldo pada 1994.

"Masa akan menentukan sejauh mana dia boleh pergi. Kami perlu bertenang dan bersabar dengannya," kata Dorival Junior.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073301/endrick-cipta-sejarah-bantu-brazil-benam-england
Pages: [1]
View full version: Endrick cipta sejarah, bantu Brazil benam England


ADVERTISEMENT