sfhzuraz Publish time 24-3-2024 12:33 AM

Keselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin daripada kebocoran

Keselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin daripada kebocoran


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/DATUK_SERI_DR_MOHD_UZIR_MAHIDIN_1711209855.jpg
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP


Arau: Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, Padu melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.
"Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian Padu dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat Padu ini akan membantu kerajaan membuat perancangan program masa hadapan," katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter Padu di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan secara kumulatif sebanyak 1,006 kaunter fizikal Padu telah dibuka di Perlis termasuk program bersama komuniti serta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari 2 Januari lepas hingga hari ini.
"Selain itu, ada juga pembukaan kaunter bergerak di 101 masjid di negeri ini terutamanya pada setiap Jumaat," katanya yang turut memberitahu pendaftaran Padu di Perlis meningkat kepada 0.08 juta orang setakat semalam.


Disiarkan pada: Mac 24, 2024 @ 12:04am
Keselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin daripada kebocoran (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Keselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin daripada kebocoran


ADVERTISEMENT