mattzzx Publish time 23-3-2024 05:01 PM

Selepas kanser usus dan buta mata, bekas bilal diuji pula kegagalan buah pinggang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BB_NSTP_1711182283.jpg
GEORGETOWN: Seorang bekas bilal masjid tidak menyangka demam yang kerap dialami selain sakit pada perut sebenarnya petanda dirinya diserang kanser usus.

Ibarat malang bagi Faisal Inwar Badaruddin, 48, yang sedia menghidap diabetes sejak sekian lama, bapa kepada lima anak itu kini terpaksa pula menjalani rawatan dialisis sejak minggu lalu berikutan penyakit itu sudah menyerang buah pinggang.

Kini, doktor mengesahkan pula mata kanannya berisiko untuk buta, menyusul selepas mata kirinya mengalami masalah sama beberapa tahun lalu.

"Kanser usus dikesan beberapa bulan lalu selepas saya mengalami demam denggi dan simptom cirit birit sebelum menjalani pemeriksaan di hospital.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/faisalinwar_1711182286.jpg

"Tidak lama kemudian, doktor mengesahkan saya mengidap kanser usus berikutan terdapat ketumbuhan dalam perut dan saya baharu sahaja selesai menjalani rawatan radioterapi.

"Kemoterapi sepatutnya dijalankan Januari lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana pemeriksaan terkini doktor mendapati berlaku kegagalan buah pinggang yang memerlukan saya jalani dialisis yang mana ia sudah pun dimulakan minggu lalu," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Faisal berkata, selepas berpisah dengan isteri kira-kira dua tahun lalu, kini dia bersama empat daripada lima anaknya tinggal bersama ibu bapanya yang masing-masing berusia 67 dan 68 tahun.

Anaknya berusia antara 11 hingga 21 tahun, dengan dua daripadanya masih bersekolah, dua tidak bekerja dan seorang lagi berada di Kuala Lumpur berikutan melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan.

"Sebelum ini saya bekerja di sebuah pejabat lelongan. Kini saya sudah tidak mempunyai pendapatan selain wang bantuan keseluruhan RM1,290 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

"Saya memerlukan sekurang-kurangnya RM1,800 sebulan bagi membeli barangan keperluan seperti susu formula, insulin, tisu basah dan beg stoma," katanya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Terdahulu, Faisal menerima kunjungan Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pejabat Pengerusi, Media Prima Berhad, Azlan Abdul Aziz dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit di rumahnya di Jalan Merican, dekat sini yang turut menyampaikan sumbangan menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.

Pemberian itu hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dan dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Lima Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 1401 0008 8427 18 atau Maybank bernombor 5141 0532 3170.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP layak mendapat pelepasan cukai.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227031/selepas-kanser-usus-dan-buta-mata-bekas-bilal-diuji-pula-kegagalan

Supersirap Publish time 23-3-2024 05:40 PM

Semoga dipermudahkan segala urusan

Mary_jane Publish time 24-3-2024 01:45 PM

Makin ramai diagnosed with cancer lately. Moga yang baik2 untuk semua. {:1_545:}
Pages: [1]
View full version: Selepas kanser usus dan buta mata, bekas bilal diuji pula kegagalan buah pinggang


ADVERTISEMENT