mattzzx Publish time 23-3-2024 04:33 PM

Kegagalan jantung punca kematian imam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/zamryy222_1711182467.jpg
Ahmad Zamry Marinsah

Segamat: Lelaki yang rebah ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Jamek Kampung Sermin, di sini, semalam disahkan meninggal dunia akibat mengalami kegagalan jantung.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sebuah video tular di media sosial memaparkan kejadian seorang imam terjatuh ketika mengimamkan solat di sebuah masjid.

"Pihak polis menerima makluman awal kejadian daripada Hospital Segamat pada 7.55 pagi Jumaat yang mengesahkan kematian seorang lelaki tempatan semasa rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan.

"Siasatan mendapati mangsa Mohd Razif Hussin, 62, rebah dan dahinya terhantuk pada bucu kayu mimbar ketika sedang mengimamkan solat Subuh di masjid berkenaan.
Disyorkan

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami masalah kegagalan fungsi jantung yang menjadikan punca kejadian dia rebah dan meninggal dunia," katanya.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1073156/kegagalan-jantung-punca-kematian-imam
Pages: [1]
View full version: Kegagalan jantung punca kematian imam


ADVERTISEMENT