mattzzx Publish time 23-3-2024 03:19 PM

Norde anggap Nafuzi 'guru' terbaik

https://assets.bharian.com.my/images/articles/nodee_1711174139.jpg
Pemain import KDA FC, Sony Norde (dua dari kiri) ceria disambut ketua jurulatih Sang Kenari Nafuzi Zain (kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Shahrul Samsudin (tiga dari kiri) sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas Alor Setar semalam. - Foto NSTP/IZZALI ISMAIL

Alor Setar: Pemain import lincah, Sony Norde menyifatkan ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain sebagai 'guru' terbaik dalam membangunkan pemain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Bekas pemain Terengganu FC (TFC) musim lalu itu yang menyertai KDA FC berkata, faktor Nafuzi adalah antara sebab beliau menjadikan Kedah sebagai destinasinya musim ini selain mahu terus melonjakkan namanya bersama skuad Sang Kenari.

"Selepas beberapa tahun saya beraksi di Liga M, akhirnya saya kini bersama pasukan Kedah dan mendapat panggilan serta sokongan daripada Nafuzi yang mahukan saya bersama pasukannya.

"Semua pemain juga pastinya mahu membuktikan kemampuan masing-masing di bawah kendalian Nafuzi dan saya juga berazam untuk menimba ilmu daripadanya," katanya.

Penyerang berusia 34 tahun itu berkata demikian sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, Alor Setar semalam.

Norde yang hadir dan disambut Nafuzi, pihak pengurusan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin berkata, kehadirannya ke Kedah yang memiliki nama besar dalam Liga M adalah satu cabaran besar.

"Mana-mana pemain yang datang ke Kedah akan bekerja keras untuk mencipta kejayaan kerana pasukan ini mempunyai nama besar dan jangkaan semua pihak terhadap semua pemain adalah tinggi untuk mendapatkan piala," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226973/norde-anggap-nafuzi-guru-terbaik
Pages: [1]
View full version: Norde anggap Nafuzi 'guru' terbaik


ADVERTISEMENT