mattzzx Publish time 23-3-2024 03:18 PM

Skuad B-23 menang tipis ke atas India

https://assets.bharian.com.my/images/articles/NIDIA_1711176553.jpg
Alif Zikri meraikan jaringannya ketika menentang India

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara mendapat tonik awal menjelang Piala Asia B-23 bulan depan apabila menewaskan India 2-1 dalam aksi persahabatan, malam tadi.

Berlangsung secara tertutup, skuad kendalian Juan Torres Garrido memperoleh dua gol menerusi T Saravanan dan Alif Zikri pada minit ke-33 dan 48 manakala jaringan tunggal India disumbang Chingangbam Shivaldo Singh pada minit ke-77.

Ia perlawanan ujian pertama skuad muda negara dalam rangka persiapan akhir sebelum menghadapi Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei depan.

Skuad Harimau Muda sekali lagi akan menentang India dalam aksi ujian, Isnin ini sebelum mereka terbang awal ke Qatar dan meneruskan persiapan di sana.


Sebelum aksi sebenar di Piala Asia B-23, anak buah Garrido terlebih dahulu dijadual akan mengharungi perlawanan pemanas badan menentang Qatar dan China di Qatar.

Skuad Harimau Malaya B-23 yang diundi dalam Kumpulan D Piala Asia B-23 akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226985/skuad-b-23-menang-tipis-ke-atas-india
Pages: [1]
View full version: Skuad B-23 menang tipis ke atas India


ADVERTISEMENT