mattzzx Publish time 23-3-2024 01:48 PM

Bapa Neymar enggan bantu Alves keluar penjara

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lavvwrgsdvsdvcsd_1711169850.jpg
Bekas bintang Barcelona, Dani Alves dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah kerana merogol seorang wanita pada tahun 2022. - Foto AFP

BARCELONA: Dani Alves akan terus menjalani hukuman penjara di Sepanyol selepas bapa Neymar enggan membayar ikat jaminnya yang bernilai 1 juta pound (RM5.97 juta).

Bekas bintang Barcelona itu diberikan peluang untuk merayu hukuman ke atasnya dan dilaporkan cuba meminjam wang daripada bapa rakan sepasukan Brazil, Neymar Jr.

Bagaimanapun Neymar Santos Sr berkata mereka tidak akan membayar ikat jamin untuk mengeluarkan Alves dari penjara.

"Bagi kami, keluarga saya, perkara ini sudah selesai. Noktah," kata Santos Sr.

Alves, 40, didakwa merogol seorang wanita di kelab malam di Barcelona pada 30 Disember 2022. Namun dia menegaskan ia berlaku atas dasar suka sama suka.

Dia didapati bersalah kerana merogol dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah pada Februari.

Namun Rabu lalu, mahkamah memutuskan dia boleh merayu hukuman ke atasnya dan diikat jamin sementara pasukannya meneruskan proses rayuan.

Alves baru menjalani sebulan daripada hukumannya setakat ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226942/bapa-neymar-enggan-bantu-alves-keluar-penjara

Supersirap Publish time 23-3-2024 05:58 PM

Selamat menjalani hukuman ya
Pages: [1]
View full version: Bapa Neymar enggan bantu Alves keluar penjara


ADVERTISEMENT