mattzzx Publish time 23-3-2024 01:46 PM

Argentina tetap tajam tanpa Messi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/enzlsaodgijewtrheb_1711171359.jpg
Pemain Argentina, Cristian Romero membuka jaringan dalam aksi persahabatan menentang El Salvador di Lincoln Financial Field, Philadelphia, Pennsylvania. - Foto AFP



NEW YORK: Ketiadaan kapten Lionel Messi tidak menjejaskan persiapan juara dunia, Argentina menghadapi Copa America apabila menewaskan El Salvador 3-0 dalam aksi persahabatan di Philadelphia.

Pertahanan, Cristian Romero membuka jaringan pada minit ke-16 diikuti jaringan Enzo Fernandez (m-42) dan Giovani Lo Celso (m-52) untuk kemenangan di Lincoln Financial Field, laman kelab NFL, Philadelphia Eagles.

Messi, pemenang lapan kali Ballon d'Or yang kini mewakili kelab Major League Soccer, Inter Miami, digugurkan daripada perlawanan berkenaan selepas cedera hamstring ketika kemenangan 3-1 Miami ke atas Nashville dalam aksi Piala Juara-Juara CONCACAF bulan ini.

Dia turut terlepas satu lagi aksi persahabatan, menentang Costa Rica di Los Angeles minggu depan.


Ia adalah kemenangan aksi persahabatan pertama Argentina tahun ini menentang pasukan yang kini sudah mengharungi 21 perlawanan tanpa kemenangan.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni turut memberikan minit permainan kepada pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho dan Valentin Barco - bek kiri berusia 19 tahun yang ditandatangani Brighton pada Januari. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226956/argentina-tetap-tajam-tanpa-messi
Pages: [1]
View full version: Argentina tetap tajam tanpa Messi


ADVERTISEMENT