mattzzx Publish time 23-3-2024 01:42 PM

Mbappe umum kelab baharu selepas Euro

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-FRIENDLY-FRA-GER_PREVIEW_1711171341.jpg
MBAPPE mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasukan Perancis. FOTO Reuters

Decines Charpieu: Kylian Mbappe yakin dia akan mengetahui kelab mana bakal diwakilinya musim depan sebelum Euro bermula Jun ini.

Mbappe, yang akan meninggalkan Paris Saint Germain pada musim panas ini, berkata tumpuannya kini adalah untuk mewakili Perancis di Euro serta Olimpik di Paris, jika terpilih.

"Saya belum mengumumkan apa-apa berkenaan masa depan saya kerana tiada apa untuk diumumkan... Saya sentiasa kata yang apabila ada sesuatu untuk diumumkan, saya akan lakukannya.

"Saya rasa masa depan saya akan ditentukan sebelum Euro. Saya juga mahu beraksi di Olimpik dan ia tidak pernah berubah. Tetapi jika tidak dibenarkan, saya akur," kata Mbappe, 25, menjelang aksi persahabatan menentang Jerman.


Acara bola sepak di temasya Olimpik menampilkan skuad bawah 23 tahun, dengan tiga pemain melebihi had usia itu dibenarkan dalam setiap pasukan.

Pengendali Perancis, Didier Deschamps berkata, perlawanan menentang Jerman sentiasa menarik, walaupun aksi persahabatan.

"Ia bukan perlawanan kompetitif, tetapi masih lagi sesuatu yang hebat. Semua perlawanan penting. Anda akan menilainya.

"Saya dan barisan kejurulatihan akan menggunakannya untuk mendapatkan jawapan sebelum senarai akhir. Akan sentiasa ada sesuatu untuk dipelajari," kata Deschamps.

Perancis akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan, menentang Chile pada Selasa sebelum berdepan Austria di peringkat kumpulan Euro 2024 pada 17 Jun. Olimpik Paris akan bermula pada Julai.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073074/mbappe-umum-kelab-baharu-selepas-euro
Pages: [1]
View full version: Mbappe umum kelab baharu selepas Euro


ADVERTISEMENT