mattzzx Publish time 23-3-2024 12:47 PM

Robinho harungi malam pertama di penjara Brazil

https://assets.bharian.com.my/images/articles/robaininw4sdfs_1711168515.jpg
Penjara Tremembe terkenal dengan penjenayah berat termasuk pembunuh kanak-kanak dan perogol. - Foto AFP


BRASILIA, Brazil: Bekas pemain bola sepak Manchester City dan Real Madrid, Robinho mengharungi malam pertamanya sebagai banduan di Brazil sejak didakwa merogol di Itali pada tahun 2017.

Robinho, 40, ditangkap Khamis lalu selepas gagal dalam usahanya menangguhkan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan merogol seorang wanita sedekad lalu.

Dia dimasukkan ke penjara Tremembe, 150 kilometer dari Sao Paulo.

Bekas pemain Brazil, Robson de Souza, atau lebih dikenali sebagai Robinho, didapati bersalah oleh mahkamah Itali pada tahun 2017 kerana terbabit merogol seorang wanita Albania secara berkumpulan di sebuah kelab malam di Milan empat tahun sebelumnya.


Robinho gagal dalam rayuannya pada tahun 2020 dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tinggi Itali pada tahun 2022.

Memandangkan Brazil tidak mengekstradisi warganya, Itali meminta supaya Robinho menjalani hukuman di negara asalnya.

Untuk tempoh 10 hingga 30 hari pertama, Robinho akan menjalani hukuman dalam bilik kecil bersendirian - bergantung kepada penilaian doktor, pakar psikologi serta pegawai kebajikan.

Dia kemudian akan dipindahkan ke ruang utama penjara berkenaan yang memuatkan 430 banduan lain.

Tremembe terkenal dengan penjenayah berat termasuk pembunuh kanak-kanak dan perogol.

Penjara Brazil pernah dilabel sebagai "neraka dunia" selepas banduan ditemui dipancung susulan pergaduhan antara pengedar dadah. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226935/robinho-harungi-malam-pertama-di-penjara-brazil
Pages: [1]
View full version: Robinho harungi malam pertama di penjara Brazil


ADVERTISEMENT