mattzzx Publish time 23-3-2024 12:28 PM

Alexander-Arnold dalam radar Real Madrid

https://assets.bharian.com.my/images/articles/alesacnetwrggs_1711166881.jpg
Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold berada dalam radar kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. - Foto AGENSI

MADRID: Real Madrid dilaporkan sedang memantau perkembangan pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Bek kanan berusia 25 tahun itu menjadi tonggak pasukan kendalian Jurgen Klopp sejak menyertai skuad utama pada tahun 2016, membantu mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris.

Kontrak Alexander-Arnold di Anfield berakhir pada tahun 2025 dan setakat ini belum ada rundingan untuk menandatangani perjanjian baharu.

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid sedang mengikuti perkembangan itu tetapi Liverpool tidak menunjukkan isyarat mahu menjual Alexander-Arnold.


Alexander-Arnold menandatangani kontrak baharu bersama The Reds pada tahun 2021 dan menjadi salah seorang pemain termahal kelab.

Dia bebas untuk berbincang dengan kelab-kelab Eropah bermula Januari 2025 dan Liverpool berisiko kehilangannya secara percuma.

Sejak membuat penampilan sulung pada tahun 2016, Alexander-Arnold kini sudah mengumpul 302 penampilan dan menjaringkan 19 gol.

Dia turut membantu kelab memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris, Piala Liga dan Piala FA sepanjang tempoh itu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226928/alexander-arnold-dalam-radar-real-madrid
Pages: [1]
View full version: Alexander-Arnold dalam radar Real Madrid


ADVERTISEMENT