mattzzx Publish time 23-3-2024 12:26 PM

Penyokong Liverpool terima pampasan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Penyokong_Liverpool_1711165286.jpg
PENYOKONG Liverpool mendapat bayaran di atas tuntutan mereka sebelum ini. FOTO Agensi

London: Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) mencapai penyelesaian muktamad dengan penyokong Liverpool yang membawa tuntutan kecederaan peribadi berkaitan pengalaman mereka pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2022 di Paris.

Beribu-ribu penyokong Liverpool tidak dapat memasuki Stade de France untuk perlawanan akhir pada 28 Mei, yang dimenangi oleh Real Madrid 1-0, menyebabkan kelewatan selama 36 minit ketika polis Perancis dirakam menembak gas pemedih mata ke arah penyokong di luar stadium.

"Peminat Liverpool, yang diwakili oleh Pogust Goodhead dan Bingham Long, akan menerima sejumlah wang sebagai pampasan atas kesukaran dan cabaran yang mereka hadapi," kata Uefa dalam satu kenyataan sambil menambah syarat penyelesaian akan kekal sulit.

Badan induk bola sepak Eropah itu pada mulanya menyalahkan penyokong kelab Merseyside atas kekecohan itu, sebelum memohon maaf berikutan pengeluaran tinjauan bebas tahun lalu.



UEFA kemudiannya menubuhkan skim bayaran balik, bagaimanapun, Real Madrid menyifatkan ia sebagai 'tidak mencukupi' dan enggan menyumbang, manakala penyokong yang terjejas mengambil tindakan undang-undang.

Selepas kejadian itu, badan induk itu turut memulakan beberapa siri langkah untuk perlawanan akhir seterusnya termasuk melaksanakan saranan Kajian Bebas, menambah bilangan pegawai keselamatan dan membabitkan peminat dalam perancangan dan pelaksanaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073032/penyokong-liverpool-terima-pampasan
Pages: [1]
View full version: Penyokong Liverpool terima pampasan


ADVERTISEMENT