mattzzx Publish time 23-3-2024 10:59 AM

mStar | Bintang Global Megan Fox mudah jatuh cinta ketika bergelar isteri

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F21%2F2603863.png
Megan akui waktu muda tidak bebas faktor mudah suka lelaki.

PELAKON Megan Fox mendedahkan dia mudah jatuh cinta dengan lelaki lain ketika bergelar isteri kepada Brian Austin Green.

Megan, 39, berkata, perasaan itu timbul mungkin disebabkan dia berkahwin dengan Brian pada usia muda selain tidak puas menikmati kehidupan bujang.

Ini termasuk berkenalan atau bercinta dengan lebih ramai lelaki sehingga membuatkan dia sering jatuh cinta walaupun sudah bergelar isteri.

"Saya mengaku memang saya mudah jatuh cinta dengan orang lain ketika masih bergelar isteri Brian.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/21/2603862.png

Megan enggan mengulas status hubungan dengan Machine Gun Kelly.

"Saya jatuh cinta sebab saya masih muda dan tidak mempunyai kebebasan penuh atau merasai kehidupan bujang," katanya.

Bagaimanapun tegas Megan, perkara itu sekadar perasaan dan tidak pernah bersikap curang terhadap Brian sehinggalah mereka bercerai tiga tahun lalu.

Malah katanya, dia mula menjadi matang selepas melahirkan anak-anaknya iaitu Noah, Bodhi dan Journey.

"Saya masih muda (ketika berkahwin) dan bila difikirkan saya tidak sepatutnya berada dalam hubungan dan komitmen sebagai isteri dan ibu.


"Tapi kehadiran tiga cahaya mata kami benar-benar mengubah saya," katanya yang masih mengekalkan hubungan baik dengan Brian.

Sementara itu, Megan hanya memberi respon samar kepada hos podcast Alex Cooper apabila ditanya mengenai teman lelakinya iaitu penyanyi Machine Gun Kelly.

Tetapi Megan mengesahkan ikatan pertunangan di antara mereka sudah berakhir.

"Saya fikir apa yang saya pelajari daripada hubungan ini adalah ia bukan untuk tontonan umum.," ujarnya.

Untuk rekod, Megan dan Brian berkahwin pada 2010 namun bercerai pada 2021.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/21/megan-fox-mudah-jatuh-cinta-ketika-bergelar-isteri-tapi-tak-pernah-curangi-brian-austin

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:35 PM

she has sexy look
Pages: [1]
View full version: mStar | Bintang Global Megan Fox mudah jatuh cinta ketika bergelar isteri


ADVERTISEMENT