mattzzx Publish time 23-3-2024 10:52 AM

Veteran tentera tak sabar beraya di rumah baharu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/rumah_tentera_1711155403.jpg
Nor Fauzi Mohammad, (kanan) dan isterinya, Hafifah Che Ani, bersama anak angkat mereka, Riandra Mikhaila (satu setengah tahun) gembira menerima kunci memasuki rumah baharu yang siap dibina oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaung, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: "Ini hadiah terindah Syawal buat saya dan keluarga," kata veteran tentera, Nor Fauzi Mohammad, 42, apabila impiannya dan isteri untuk ada rumah sendiri tercapai Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Nor Fauzi dan isteri, Hafifah Che Ani, 34, berkata mereka tak sabar beraya di rumah sendiri selepas terpaksa berkongsi rumah dengan abang ipar selama tujuh tahun.

"Siapa yang tidak gembira apabila permohonan dan pembinaan rumah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) siap," katanya ditemui selepas Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu JHEV ATM di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaung di sini, petang semalam.

Pada majlis sama, Hafifah yang juga suri rumah sepenuh masa turut teruja dan sebak sejurus menerima replika kunci disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.



"Saya tidak sangka rumah yang dibina sangat cantik dan selesa. Kami sekeluarga seronok dan saya ucapkan banyak terima kasih kepada JHEV ATM dan pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1226878/veteran-tentera-tak-sabar-beraya-di-rumah-baharu

Supersirap Publish time 23-3-2024 06:03 PM

tahniah diucapkan
Pages: [1]
View full version: Veteran tentera tak sabar beraya di rumah baharu


ADVERTISEMENT