mattzzx Publish time 23-3-2024 10:31 AM

Colombia akhiri rekod tanpa kalah Sepanyol

https://assets.bharian.com.my/images/articles/munisafowi4ytwge_1711151324.jpg
Pemain Colombia, Daniel Munoz menjaringkan gol tunggal dalam aksi persahabatan menentang Sepanyol di Stadium London, London. - Foto REUTERS

LONDON: Colombia menewaskan Sepanyol 1-0 dalam aksi persahabatan di London - kekalahan pertama La Roja dalam tempoh hampir setahun.

Pertahanan Crystal Palace, Daniel Munoz meledak gol tunggal permainan di babak kedua hasil gerakan Luis Diaz.

Sepanyol, yang memenangi Liga Negara-Negara Eropah tahun lalu untuk menamatkan kemarau kejuaraan 11 tahun sejak menjuarai Euro 2012, mengalami kekalahan kedua di bawah bimbingan Luis de la Fuente.

Kekalahan pertama hadir pada Mac 2023, di tangan Scotland dalam aksi kelayakan Euro 2024 yang menimbulkan keraguan terhadap keupayaan De la Fuente untuk memegang jawatan itu.



"Kita akan belajar lebih banyak daripada kekalahan berbanding kemenangan, ia perlawanan yang sukar.

"Kami melakukan beberapa perkara dengan sangat baik tetapi perlu memperbaiki aspek-aspek lain - terutama aksi di babak kedua," kata De la Fuente.

Sepanyol akan berdepan Brazil dalam satu lagi aksi persahabatan, di Santiago Bernabeu, Madrid pada Selasa.

Colombia pula akan menentang Romania sebagai persediaan menghadapi Copa America pada musim panas ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226852/colombia-akhiri-rekod-tanpa-kalah-sepanyol

Supersirap Publish time 23-3-2024 06:04 PM

Tahniah diucapkan kepada pasukan colombia
Pages: [1]
View full version: Colombia akhiri rekod tanpa kalah Sepanyol


ADVERTISEMENT