mattzzx Publish time 23-3-2024 10:30 AM

Southgate hanya fokus England

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-FRIENDLY-ENG-BRA_PREVIEW_1711159533.jpg
SOUTHGATE (kanan) enggan menjawab mengenai spekulasi ke United. FOTO Reuters

London: Gareth Southgate menegaskan beliau tidak akan mendengar tawaran kerja baharu sehingga berakhir Euro 2024 ketika pengurus England itu menyelar spekulasi yang mengaitkannya dengan Manchester United sebagai 'tidak menghormati sama sekali kepada Erik ten Hag.

Kontrak Southgate dengan England berakhir pada Disember dan beliau masih belum bersetuju dengan perjanjian baharu menjelang kejohanan utama keempatnya bersama pasukan kebangsaan.

Pengurus berusia 53 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran utama United untuk menggantikan Ten Hag yang berada dalam tekanan sekiranya pemilik bersama Old Trafford, Jim Ratcliffe memutuskan untuk memecatnya.

Southgate berkata rundingan kontrak dengan Persatuan Boladsepak England ditangguhkan, dengan tumpuan penuhnya untuk membawa England menjulang trofi antarabangsa lelaki pertama mereka sejak Piala Dunia 1966.



"Saya rasa ada dua perkara dari sudut pandangan saya. Salah satunya ialah saya pengurus England. Saya mempunyai satu tugas, pada asasnya, untuk mencuba dan menyampaikan kejuaraan Eropah," kata Southgate menjelang aksi persahabatan Sabtu ini menentang Brazil di Wembley.

"Perkara kedua ialah Manchester United mempunyai pengurus dan saya fikir ia sentiasa tidak menghormati apabila terdapat sebarang spekulasi mengenai pengurus yang ada.

"Saya presiden LMA (Persatuan Pengurus Liga) jadi saya tidak mempunyai masa untuk perkara seperti itu, sebenarnya."

Southgate dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Dave Brailsford, yang juga sebahagian daripada pasukan operasi bola sepak Ratcliffe di United.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1073006/southgate-hanya-fokus-england
Pages: [1]
View full version: Southgate hanya fokus England


ADVERTISEMENT