sfhzuraz Publish time 23-3-2024 12:52 AM

Pengerusi PeSAWAH meninggal dunia

Pengerusi PeSAWAH meninggal dunia

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

22 Mac 2024 10:47pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/22/2586788.jpg
Mohd Fuad. Foto Facebook PeSAWAH



ALOR SETAR - Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Mohd Fuad Yaacob yang aktif memperjuangkan hak pesawah meninggal dunia pada Jumaat.
Pemergian beliau disahkan Exco PeSAWAH, Abdul Rashid Yob kepada Sinar Harian pada Jumaat.


"Jam 9.50 (malam) jenazah arwah dalam perjalanan dari Hospital Sungai Petani ke rumahnya.
"Arwah akan disolat dan dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Masjid Al Maarif, Kampung Huma, mukim Padang Hang," kongsinya pada Jumaat.


Berdasarkan perkongsian Facebook PeSAWAH, Allahyarham Abdul Rashid telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi (Jumaat).
"Semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang bertakwa. Al-Fatihah," katanya.
Mohd Fuad juga merupakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-II, Kubang Sepat.
Pengerusi PeSAWAH meninggal dunia - Sinar Harian




Pages: [1]
View full version: Pengerusi PeSAWAH meninggal dunia


ADVERTISEMENT