Vellfire Publish time 22-3-2024 08:36 PM

JKDM gagalkan cubaan seludup dadah 25.52kg bernilai RM875,160 di Lapangan Terbang Sibu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240322/sbw-ub220324-mu-jdkm-p1.jpg

Sebahagian daripada dadah jenis Methaphetamine yang berjaya dirampas di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini.
SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk dadah jenis Methamphetamine seberat 25.52 kilogram dianggarkan bernilai RM875,160 di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini.
Jurucakap JKDM Sarawak berkata, dalam kes pertama sepasukan pegawai kastam dari Unit Pemeriksaan Penumpang (UPP) Lapangan Terbang Sibu dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Sibu telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.55 pagi.
Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak kastam sebaik sahaja imej imbasan ke atas kotak yang dibawanya menunjukan tanda positif bahan narkotik.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kotak tersebut membawa kepada penemuan sejumlah 13 bungkusan yang mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 13.26 kilogram dan anggaran nilai pasaran RM437,580.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki sebagai keldai dadah yang bertanggungjawab membawa masuk dadah berkenaan ke Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Mahkamah Majistret Sibu telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula 14 Mac 2024 ke atas lelaki tersebut bagi tujuan siasatan.
"Pemeriksaan rapi terhadap dua kotak dan sebuah beg bagasi kemudiannya membawa kepada penemuan 20 bungkusan yang mengandungi bahan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine," tambahnya.
Sementara itu, dalam kes berasingan JDKM telah menyita sebuah kotak yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Sibu pada jam 12 tengah hari keesokannya.
"Pemeriksaan awal oleh UPP Lapangan Terbang Sibu ke atas kotak yang ditinggalkan tersebut didapati menunjukan tanda positif bahan narkotik.
"Hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan oleh pasukan Cawangan Penguatkuasaan Sibu telah menemui sejumlah 13 bungkusan disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 13.26 kilogram dengan anggaran nilai pasaran dianggarkan bernilai RM437,580," katanya.
Menurutnya lagi, Cawangan Penguatkuasaan Sibu sedang berusaha untuk mengesan individu yang meninggalkan kotak berkenaan di Lapangan Terbang Sibu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B akta Dadah Berbahaya 1952.
Ujarnya, modus operandi (MO) bagi kes terbabit ialah membawa masuk bahan narkotik dari Semenanjung Malaysia ke Wilayah Sarawak secara transit dan diletakkan di dalam kotak bersama makanan ringan bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 132,600 penagih dadah," jelasnya.
Kes katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 15 sebatan.
Bagi tempoh Januari hingga 19 Mac 2024, JKDM Sibu telah merekodkan rampasan dadah jenis Methamphetamine sebanyak 41.95 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,384,350 di Lapangan Terbang Sibu.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/jkdm-gagalkan-cubaan-seludup-dadah-2552kg-bernilai-rm875160-di-lapangan-terbang-sibu
Pages: [1]
View full version: JKDM gagalkan cubaan seludup dadah 25.52kg bernilai RM875,160 di Lapangan Terbang Sibu


ADVERTISEMENT