Vellfire Publish time 22-3-2024 08:27 PM

UPPM Karamunting hargai tindakan pantas pasukan Bomba

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240322/kks-ub220324-ysh-chew1.jpeg

TINJAU: Chew (tengah) mengadakan tinjauan ketika pasukan bomba berada di lokasi kejadian.
SANDAKAN: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting menghargai tindakan pantas pasukan bomba yang berjaya memadamkan kebakaran di Bukit Melanta.
PPM Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, pihaknya menerima aduan Sukarelawan UPPM Karamunting Jo Hann Chin mengenai kebakaran berkenaan pada 5.20 petang baru-baru ini.
"Berikutan itu, saya memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba dalam Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Sandakan.
"Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebakpada 8.30 malam," katanya.
Beliau juga menasihati orang ramai agar sentiasa peka terhadap persekitaran dan jangan sesekali cuai atau bertindak membuang puntung rokok ke kawasan belukar.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/uppm-karamunting-hargai-tindakan-pantas-pasukan-bomba
Pages: [1]
View full version: UPPM Karamunting hargai tindakan pantas pasukan Bomba


ADVERTISEMENT