Vellfire Publish time 22-3-2024 08:26 PM

Jangan rosakkan kemudahan awam

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240322/kks-ub220324-ysh-chewbandar1.jpeg

TINJAU: Chew ketika berada di lokasi kejadian.
SANDAKAN: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan kemudahan awam sangat mengecewakan.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, ketika berada di Medan Selera Pasar Malam Bandar Ramai-Ramai, beliau mendapati terdapat penutup besi parit di kawasan itu terkeluar.
"Penelitian mendapati skru dan telinga penutup besi itu telah dicabut atau dicungkil oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Aduan telah disampaikan kepada pihak berkaitan untuk membuat penyelenggaraan segera agar penutup berkenaan tidak dicuri.
"Saya berterima kasih kepada pihak berwajib yangsegera menyelesaikan masalah itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kecurian penutup besi pernah berlaku sebelum ini di sini dan ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
Setelah penyelenggaraan dilakukan katanya, Penyelia Unit PPM Karamunting Naz Lee meninjau sekali lagi di kawasan itu.
"Tinjauan mendapati penutup besi itu telah menutup parit berkenaan, bagaimanapun skru dan pemasangan telinga besi masih belum dilakukan.
"Saya berharap ia dapat disegerakan pihak berkenaan," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/jangan-rosakkan-kemudahan-awam-chew
Pages: [1]
View full version: Jangan rosakkan kemudahan awam


ADVERTISEMENT