Vellfire Publish time 22-3-2024 08:21 PM

Jabatan Hutan Sarawak berhasrat catat rekod Malaysia Book of Records menerusi penanaman 3,000 pokok engkabang jantong

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240322/kch-ub220324-hh-jhs-p1.png

Para peserta merakam gambar berkumpulan selesai menanam 3000 shorea macrophylla, dalam percubaan untuk mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.
KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak berhasrat mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penanaman 3,000 pokok engkabang jantong (Shorea Macrophylla) paling banyak di Hutan Simpan Sabal.
Jabatan itu menerusi kenyataan pada Khamis berkata, penanaman shorea macrophylla daripada keluarga Dipterocarpaceae ini dilakukan sempena meraikan Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac yang diadakan setiap tahun.
“Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2024, JHS (Jabatan Hutan Sarawak) mengambil inisiatif untuk menanam pokok Engkabang sebagai salah satu tindakan pemuliharaan spesies berharga ini,” ujar kenyataan tersebut.
Acara yang melibatkan 100 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan JHS, sukarelawan Persatuan Jepun-Malaysia, masyarakat tempatan dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JHS Happysupina Sait.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240322/kch-ub220324-hh-jhs-p2.png
Timbalan Pengarah JHS menanam satu daripada 3,000 pokok engkabang tersebut.
Lebih dikenali dalam kalangan orang tempatan sebagai engkabang jantong, pokok ini merupakan spesies endemik Sarawak serta bahagian lain di Borneo.
Buah ini juga digelar sebagai kacang illipe yang kaya dengan kandungan minyak dan dengan itu, Shorea Macrophylla turut digelar sebagai ‘mentega dalam hutan’ oleh penduduk tempatan.
Untuk rekod, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2012 mengisytiharkan 21 Mac setiap tahun sebagai Hari Hutan Antarabangsa bagi meraikan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan semua jenis hutan.
Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, negara-negara digalakkan untuk menjalankan usaha tempatan, kebangsaan dan antarabangsa bagi menganjurkan aktiviti yang melibatkan hutan dan pokok, seperti kempen penanaman pokok.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/jabatan-hutan-sarawak-berhasrat-catat-rekod-malaysia-book-of-records-menerusi-penanaman
Pages: [1]
View full version: Jabatan Hutan Sarawak berhasrat catat rekod Malaysia Book of Records menerusi penanaman 3,000 pokok engkabang jantong


ADVERTISEMENT