Vellfire Publish time 22-3-2024 08:17 PM

Pemandu rugi RM11,600 tertipu individu menyamar rakan lama

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240321/logopolishiasanub.jpeg

SIBU: Seorang pemandu e-panggilan mengalami kerugian RM11,600 selepas terpedaya panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai rakan lama.
Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 50-an tidak menyedari penipuan itu apabila suara pemanggil berkenaan yang persis suara kenalan lamanya.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek tidak menyedari panggilan tersebut satu penipuan apabila suara pemanggil itu persis suara kenalan lamanya.
Katanya, satu laporan polis telah diterima daripada mangsa pada Selasa lepas.
"Kejadian itu berlaku apabila mangsa menerima panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai rakannya dan memberikan alasan nombor lamanya telah hilang.
"Mangsa terperdaya kerana percaya pemanggil adalah rakan lamanya dan memerlukan pertolongan dengan mangsa untuk meminjamkan wang bagi tujuan pembaikan rumah.
"Tanpa berfikir panjang, mangsa telah bersetuju untuk memberikan bantuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak tiga kali berjumlah RM11,600 ke dalam satu akaun bank tempatan sepertimana yang diberikan oleh suspek.
"Mangsa mula curiga dan menyedari dirinya telah tertipu selepas pindahan wang berjaya dilakukan tetapi panggilan telefon mangsa telah disekat," jelasnya.
Zulkipli berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada hari yang sama di balai berdekatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan panggilan atau mesej pinjaman wang yang diterima daripada rakan atau kenalan, lebih-lebih lagi apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain.
Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP@JSJKPDRM.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/21/pemandu-rugi-rm11600-tertipu-individu-menyamar-rakan-lama
Pages: [1]
View full version: Pemandu rugi RM11,600 tertipu individu menyamar rakan lama


ADVERTISEMENT