Vellfire Publish time 22-3-2024 08:16 PM

World Quran Hour 2024 Peringkat Negeri Sarawak pada 4 April depan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240321/kch-ub210324-hh-pustaka-p1.jpg

Poster World Quran Hour 2024 Peringkat Negeri Sarawak.
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Islamic Information Centre (IIC), Majlis Islam Sarawak dan Rumah Ngaji Sarawak akan mengadakan World Quran Hour 2024 Peringkat Negeri Sarawak pada 4 April depan.
Menurut kenyataan medianya hari ini, acara itu diadakan di Auditorium IIC Kuching dan bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
"Pelbagai pengisian program turut diadakan pada hari tersebut, antaranya Tadabbur Surah Al-Jumu’ah oleh Ustaz Mohd Salahuddin Marzuki, bacaan al-Quran daripada qari buta serta persembahan nasyid dan qasidah.
"Program ini dapat ditonton secara langsung menerusi platform Facebook dan YouTube Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 9 hingga 12 tengah hari,” kata kenyataan tersebut.
Jelasnya, pada kali ini Surah Al-Jumu’ah telah dipilih dengan bertemakan 'Kesatuan dan Transformasi Sosial.'
Panduan surah ke-62 ini katanya, mengajak golongan ulama, umara’ dan ummah untuk kesatuan dan transformasi sosial.
Semua lapisan masyarakat di Sarawak yang menyertai program ini boleh memuat naik gambar masing-masing di laman sosial dengan menaip #worldquranhour #worldquranhour24 #wqh dan hantar ke Instagram serta Facebook Pustaka Negeri Sarawak.
Laporan/statistik penyertaan boleh dihantar melalui 'web browser' di alamat https://bit.ly/wqh2024.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ramdzan Saman atau Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini ditalian 082-442000.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/21/world-quran-hour-2024-peringkat-negeri-sarawak-pada-4-april-depan
Pages: [1]
View full version: World Quran Hour 2024 Peringkat Negeri Sarawak pada 4 April depan


ADVERTISEMENT