Vellfire Publish time 22-3-2024 08:10 PM

110 buku derma melalui inisiatif ‘ DangoBookshare' diserah kepada Masjid Darul Ehsan Piasau Miri

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240321/myy-ub-21032024-mn-buku-p1.jpg

Ariffin Mohamad menerima 110 buku daripada Razak Rambili sempena ‘ DangoBookshare' pada 15 Mac lalu.
MIRI: Sebanyak 110 buku derma melalui inisiatif ‘ DangoBookshare' telah diserahkan kepada Masjid Darul Ehsan Piasau Miri bagi menyokong bahan bacaan kanak-kanak pada 15 Mac lepas.
Inisiatif ini adalah hasil usahasama Pustaka Negeri Sarawak Kampus Miri dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR).
Pustaka Negeri Sarawak Kampus Miriberkata Dango Bookshare adalah satu inisiatif berkonsepkan komuniti membantu dalam menyumbangkan pelbagai bahan bacaan.
Pelbagai bentuk dan genre buku baharu dan terpakai itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Buku-buku tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Masjid Darul Ehsan Piasau MiriAriffin Mohamad dan disampaikan oleh Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak, Miri Razak Rambili dan Ahli PPMKSAR.
Untuk maklumat lanjut , orang ramai boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/21/110-buku-derma-melalui-inisiatif-dangobookshare-diserah-kepada-masjid-darul-ehsan-piasau
Pages: [1]
View full version: 110 buku derma melalui inisiatif ‘ DangoBookshare' diserah kepada Masjid Darul Ehsan Piasau Miri


ADVERTISEMENT