Vellfire Publish time 22-3-2024 08:09 PM

Hospital Miri anjur Program Gold 999 The Biggest Loser, tawar hadiah emas 999

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240321/myy-ub-210232024-mn-biggestloser-p1.jpg

Program Gold 999 The Biggest Loser yang akan berlangsung pada 9 Mei depan.
MIRI: Hospital Miri akan menganjurkan Program Gold 999 The Biggest Loser yang menawarkan pemenang akan membawa pulang hadiah berbentuk emas 999.
Hospital Miri dalam satu kenyataan berkata ia merupakan program inisiatif penurunan berat badan anjuran Kelab Rekreasi Sepitar Sejahtera Miri dengan kerjasama Jabatan Dietetik dan Sajian, Unit Fisioterapi dan Wellness Clinic.
Program ini merupakan salah satu usaha bersama bagi merealisasikan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan literasi terhadap pembudayaan hidup sihat dan persekitaran sihat.
Program ini katanya terbuka kepada seluruh kakitangan Hospital Miri dengan yuran hanya dikenakan RM10 untuk setiap peserta.
Ia akan berlangsung pada 9 Mei depan bermula jam 8.30 hingga 11.30 pagi di Mini Gym KRSSM, Quarter Pengarah. Peserta diwajibkan berpakaian sukan pada hari pertandingan.
Mereka yang berminat boleh mendaftar sekarang sehingga 30 April depan. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Hospital Miri ditalian 085-460600.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/21/hospital-miri-anjur-program-gold-999-the-biggest-loser-tawar-hadiah-emas-999
Pages: [1]
View full version: Hospital Miri anjur Program Gold 999 The Biggest Loser, tawar hadiah emas 999


ADVERTISEMENT