sfhzuraz Publish time 22-3-2024 05:45 PM

Kakitangan syarikat kurma terkenal ditahan samun duit syarikat

Kakitangan syarikat kurma terkenal ditahan samun duit syarikat

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

22 Mac 2024 05:23pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/22/2586359.jpg
Mohamed Usuf (tengah) menunjukkan wang tunai yang berjaya ditemui semula daripada suspek.



GEORGE TOWN - Seorang kakitangan sebuah syarikat pengedar kurma terkenal ditahan bersama dua rakannya kerana disyaki terlibat kes samun wang syarikat berkenaan berjumlah RM143,941.
Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan bersama sepasang suami isteri berusia 27 dan 30an.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kesemua mereka ditahan secara berasingan di negeri ini dan Kedah pada Ahad dan Isnin lalu.
Menurutnya, selain penahanan kesemua suspek yang merupakan warga tempatan itu, polis turut menemui semula wang yang disamun berjumlah RM71,019.

"Ketiga-tiga suspek ditahan di lokasi berbeza di Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS) dan juga Sungai Petani."Hasil daripada tangkapan, kita telah merampas wang tunai RM71,019, sebuah kereta jenis Kia, dua buah motosikal jenis Yamaha LC dan XDV, tiga buah telefon bimbit, tiga buah topi keledar dan sebuah peti tunai," katanya pada sidang media di Ibupejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini pada Jumaat.
Mengulas mengenai kejadian samun berkenaan, Mohamed Usuf berkata, kejadian berlaku pada jam 2.20 petang, 27 Februari lalu ketika seorang lelaki iaitu pekerja sebuah syarikat pengedar kurma di kawasan SPS telah disamun oleh seorang suspek lelaki yang tidak dikenali.
"Kejadian berlaku ketika mangsa hendak memasukkan wang syarikat sebanyak RM143,941 ke dalam bank. Kejadian samun ini berlaku di parkir bersebelahan Maybank Simpang Ampang, di SPS.

"Suspek yang menghampiri mangsa tiba-tiba telah merampas beg yang berisi wang tunai sebelum melarikan diri dengan motosikal," katanya.
Susulan itu, Mohamed Usuf berkata, polis telah menggerakkan pegawai dan anggota untuk menangkap suspek yang terlibat dalam kegiatan samun itu.



"Kesemua tangkapan direman sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
Kakitangan syarikat kurma terkenal ditahan samun duit syarikat - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Kakitangan syarikat kurma terkenal ditahan samun duit syarikat


ADVERTISEMENT