Vellfire Publish time 22-3-2024 12:17 PM

Tiga cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240321/twu-ub21032024-hs-cederap1.jpg

REMUK: Kedua-dua kereta terbabit remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan itu.
TAWAU: Tiga cedera selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Gudang Empat Taman Bukit, di sini awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.35 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan dan tiga mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki warga emas.
“Bagaimanapun, semua mangsa yang cedera berjaya keluar sendiri daripada kenderaannya, sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Jemishin berkata, semua mangsa yang cedera itu telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.10 pagi,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/21/tiga-cedera-dalam-kemalangan-babitkan-dua-kereta
Pages: [1]
View full version: Tiga cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta


ADVERTISEMENT