sfhzuraz Publish time 22-3-2024 10:42 AM

Lelaki ditahan cuba seleweng 1,300 liter diesel

Lelaki ditahan cuba seleweng 1,300 liter diesel

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

22 Mac 2024 09:39am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/22/2585620.jpg
Semasa serbuan anggota bertugas mendapati suspek sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari tong yang berada di atas trak pikap jenis Toyota Hilux ke dalam tong dram di kawasan lapang.



GUA MUSANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 1,300 liter diesel yang cuba diseleweng dalam serbuan di sebuah kawasan pertanian di Kampung Pulai, di sini pada Khamis.
Dalam serbuan jam 1 petang itu, seorang lelaki berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.


Pengarahnya, Azman Ismail berkata, serbuan itu dilakukan oleh KPDN Cawangan Gua Musang menerusi Ops Tiris 3.0.
"Semasa serbuan anggota bertugas mendapati suspek sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari tong yang berada di atas trak pikap jenis Toyota Hilux ke dalam tong dram di kawasan lapang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Menurut beliau, semasa ditahan suspek telah mengemukakan empat permit khas untuk membeli bahan api itu di stesen minyak dan menyimpannya bagi kegunaan pertanian syarikat.
Ujarnya, pemeriksaan ke atas dokumen itu mendapati permit tersebut di kawasan Merapoh, Pahang.
Azman memberitahu, semasa ditahan minyak diesel itu telah dihantar ke Kampung Pulai.
"Pemeriksaan lanjut kemudian membawa kepada penemuan 1,300 liter diesel.



"Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Lelaki ditahan cuba seleweng 1,300 liter diesel - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Lelaki ditahan cuba seleweng 1,300 liter diesel


ADVERTISEMENT