sfhzuraz Publish time 22-3-2024 09:52 AM

Kuih sarang tebuan Rokiah dapat sambutan

Kuih sarang tebuan Rokiah dapat sambutan

OlehASWANY OMAR

22 Mac 2024 09:15am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/22/2585570.jpg
Rokiah menunjukkan kuih sarang tebuan yang ditempah pelanggan.



KUALA KRAI - Ramadan tahun ini membawa limpahan rezeki kepada seorang penoreh getah di Kampung Pasir Era selepas kuih sarang tebuan dihasilkannya mendapat tempahan daripada penggemarnya.
Rokiah Daud, 37, berkata, dia mula menerima tempahan daripada rakan-rakan selepas lima tahun membuatnya hanya untuk hidangan sekeluarga.


Menurut Rokiah, pada hari biasa, dia menjual pelbagai jenis perisa aiskrim Malaysia dibantu suami untuk menampung perbelanjaan persekolahan dua daripada tiga anaknya.
"Alhamdulillah, tempahan kuih ini dapat menambah pendapatan saya dan suami, Mohd Arif Jusoh, 49, selain upah menoreh getah yang diperoleh sekitar RM250 sebulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung berkenaan.


Rokiah memberitahu, pada mulanya dia teragak-agak untuk menerima tempahan tetapi akhirnya nekad mencuba selepas rakan-rakan memuji keenakan kuihnya itu.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/22/2585571.jpg
Rokiah mula memasak kuih sarang tebuan bermula jam 9.30 pagi.



Katanya lagi, bagi menyiapkan permintaan pelanggan, dia menggunakan tiga bungkus tepung beras setiap hari yang mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siap.
Bagi memastikan tempahan diagihkan lebih awal untuk Hari Raya Aidilfitri, Rokiah mula membuat kuih itu selepas pulang menoreh getah kira-kira jam 9.30 pagi.



"Pada permulaan ini, saya menerima tempahan sebanyak 100 balang kuih sarang tebuan dan setiap satunya boleh memuatkan 38 biji kuih itu," katanya lagi.
Jelasnya lagi, resipi kuih itu diolah sendiri mengikut citarasanya yang boleh diterima pelanggan.
Bagaimanapun, bagi mengekalkan keenakannya, Rokiah melebihkan telur selain penggunaan santan dan air kapur.



Menurut Rokiah, walaupun keuntungan yang diterima tidak banyak namun dia gembira kerana masih ada yang menggemari kuih sarang tebuannya.
Kuih sarang tebuan Rokiah dapat sambutan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Kuih sarang tebuan Rokiah dapat sambutan


ADVERTISEMENT