sfhzuraz Publish time 22-3-2024 09:49 AM

765 kes tangkapan dadah di Kelantan dalam sembilan hari

765 kes tangkapan dadah di Kelantan dalam sembilan hari


Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Id_obj50260679_1711041634.jpg
DATUK Muhamad Zaki Harun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar



Kota Bharu: Dua penjawat awam di antara 765 ditangkap polis Kelantan untuk siasatan berhubung kesalahan kes dadah dalam tempoh sembilan hari di antara 12 Mac hingga semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mereka ditahan menerusi Operasi Tapis Bersepadu seluruh daerah di negeri ini terdiri daripada 744 lelaki dan 21 wanita berusia di antara 16 hingga 67 tahun.
Katanya, dalam operasi itu pelbagai jenis dadah yang dirampas bernilai lebih RM270,000 termasuk pil yaba sebanyak 2,242.98 gram (g); heroin iaitu 66.4g; ganja (11,555.41g) dan daun ketum sebanyak 19.8 kilogram.
"Mereka ditahan disiasat termasuk mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952.
"Tumpuan operasi adalah di kawasan sasaran yang dikenal pasti iaitu di lokasi aktif atau sarang penagih dadah yang menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan untuk 37,111 orang penagih.
Menurutnya, pelbagai harta turut disita terdiri daripada kenderaan dianggarkan bernilai RM242,000 dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Katanya, jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan harta bernilai lebih RM500,000.
Pada perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, polis turut menahan sepasang suami isteri dan merampas 12,000 biji pil yaba berjumlah RM70,400 dalam operasi 9.45 malam pada 13 Mac lalu.
Katanya, pasangan berusia 29 dan 31 tahun ditahan di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 di Kampung Kedai Lalat, Sering di sini.
"Motosikal Yamaha Y15 dianggarkan bernilai RM7,000 dan sebuah kereta Perodua Myvi bernilai RM19,000 disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
"Ujian saringan air kencing terhadap pasangan itu didapati negatif dadah dan suspek lelaki mempunyai lima rekod berkaitan kes dadah, manakala wanita mempunyai satu rekod kes jenayah," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 14 Mac hingga semalam.


Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 12:59am
765 kes tangkapan dadah di Kelantan dalam sembilan hari (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: 765 kes tangkapan dadah di Kelantan dalam sembilan hari


ADVERTISEMENT