sfhzuraz Publish time 22-3-2024 09:43 AM

Pelancong Austria cedera di Taman Negara Kuala Tahan

Pelancong Austria cedera di Taman Negara Kuala Tahan


Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ceera_1711041378.jpg
APM Jerantut bersama kakitangan Perhilitan membawa keluar seorang pelancong asing yang cedera di Taman Negara Kuala Tahan semalam. FOTO Ihsan APM



Jerantut: Pelancong asing warga Austria yang cedera di kaki ketika berada di Taman Negara Kuala Tahan diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jerantut dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), pada Khamis.
Pengarah APM Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata Pasukan Nature Lifeguard APM Kuala Tahan menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian itu.
Katanya, seramai sembilan pelancong asing itu masuk ke kawasan hutan di situ pada 9 pagi semalam.
"Dalam perjalanan ke Air Terjun Teras, seorang pelancong wanita, Marie Louise berusia 26 tahun dari Austria mengalami kecederaan di bahagian kaki dan sukar untuk bergerak.
"Anggota APM dan Perhilitan yang dibantu anggota Nature Lifeguard APM bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki bot serta berjalan untuk sampai ke lokasi kejadian," katanya melalui hantaran Facebook.
Katanya, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan untuk mendapatkan rawatan lanjut


Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 1:16am
Pelancong Austria cedera di Taman Negara Kuala Tahan (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Pelancong Austria cedera di Taman Negara Kuala Tahan


ADVERTISEMENT