FOTHER-MUCKER Publish time 22-3-2024 05:00 AM

Jangan sampai aku keluar agama – Fatiya Latiff


Jangan sampai aku keluar agama – Fatiya Latiff


[*]Oleh NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI
[*]21 Mac 2024, 1:15




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-21-at-11.38.55.jpegFATIYA LATIFF


PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff memberi amaran keluar agama gara-gara sering menerima kritikan melampau segelintir individu dalam media sosial.
Bagaimanapun, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff tidak menjelaskan secara terperinci punca dia sakit hati sehingga mengakibatkannya mengeluarkan kenyataan sanggup murtad.
“Kalian jangan sampai aku keluar agama sebab kalian. Aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir kerana bengang dengan kalian.
“Aku tidak berdosa cuma kalian yang akan masuk neraka sebab selalu paksa aku,” katanya menerusi sebuah video TikTok.
Dalam masa sama, pelakon drama Ariana Rose itu menegaskan tidak dapat memaafkan seseorang sekiranya masih terdapat sisa dendam dalam hati.
“Jangan sampai aku tukar agama, ibadah 100 tahun pun tidak berguna kerana kalian sudah buat seorang saudari jadi begini.
“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tetapi manusia belum tentu dapat maafkan,” ujarnya.
Terdahulu, nama Fatiya menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.
‘Drama’ panas membabitkan Fatiya seterusnya bersambung sehingga mencetuskan perbalahan antaranya dengan pelakon, Zarina Anjoulie dalam media sosial.
Sikapnya yang mengejutkan itu mengundang pelbagai dakwaan bahkan ada menuduh pelakon terbabit sudah dibuang keluarga, mempunyai masalah kesihatan mental selain mengambil bahan terlarang.
Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami stres.
Tidak lama kemudian, Fatiya mengakui keadaan dirinya hari ini adalah kesan cinta tidak kesampaian dengan bekas kekasihnya, Aiman.
Menurutnya lagi, dia hanya akan berhenti mengganggu jika pelakon itu tampil memohon maaf kepadanya secara terbuka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/21/jangan-sampai-aku-keluar-agama-fatiya-latiff/




bulalof Publish time 22-3-2024 07:14 AM

Jabatan Agama Islam buta tuli ke?

finding Publish time 22-3-2024 08:50 AM

Biar la orang kritik fathia. asalkan pegangan ko x terpesong.

Kitty_catz Publish time 22-3-2024 08:54 AM

campak la ke bod gossip tu uiii...

bbalik Publish time 22-3-2024 08:56 AM

mak pak dia dah mati ke

krustykrab Publish time 22-3-2024 09:58 AM

Kes petiah ni pun dah jd isu semasa skg ni ek? Boleh jatuh merudum.ekonomi kalau petiah mati kot;P

Noraniza_Iblis Publish time 22-3-2024 10:00 AM

benang ade..
tutup je laa

Decaffeinated Publish time 22-3-2024 10:05 AM

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Biarlah aku tak kenal tak rasa rugi pun.

supernaturalee Publish time 22-3-2024 10:08 AM

go get treatment la
ko memekak mcm ni hujung2 sendiri yg lg sakit hati
lps tu play victim terpaling


damsel_fiji Publish time 22-3-2024 10:43 AM

tino mental

:curse:

menjad Publish time 22-3-2024 10:44 AM

dah tuwo pun xtau nak handle hidup sendiri. betapa rugi nya usia muda mu macit

ifanonline Publish time 22-3-2024 10:58 AM

tolong la pakai ubat jerawat dulu sebelum keluar agama tu ;P

Tinot7 Publish time 22-3-2024 11:08 AM

Dolu2 cantik.. awat jadi mcm ni..

adeqbun Publish time 22-3-2024 11:17 AM

sudahnya slh netizen

ReginaGeorge Publish time 22-3-2024 11:43 AM

Mudahnya kaidah kau terpesong. Dikecam dihina, lesen utk murtad? Nampak sangat kau gunakan alasan ni supaya ko murtad. Dah murtad bebaslah mendadih, makan vavi dan pakai seksi? Cengitu? Tau tak murtad tu apa? Alahai…

youell Publish time 22-3-2024 12:22 PM

Ko buat la cemana pun dulu, iolls masih ada sikit soft spot kat hati ni tiyah..skrg sorry..you are too much. Belajar la memaafkan tiyah. Life is too short. Buat apa bazirkan masa utk membenci org & sendiri rasa tersakiti. Sedangkan org lain dah move on dah bahagia. Ramai lagi kot yg sygkan ko. Ko yg pilih jln yg salah..salahkan org pulak. Kasih syg Allah tu luas. Balik lah tiyah

kerani_je Publish time 22-3-2024 12:39 PM

youell replied at 22-3-2024 12:22 PM
Ko buat la cemana pun dulu, iolls masih ada sikit soft spot kat hati ni tiyah..skrg sorry..you are t ...

Die perlukan treatment. Pengerusi persatuan retis seniman bagai mne? Zed zaidi n amad idham..tengok ajer ke retis korang problem. At least tolong la cari jalan bantu dapatkn treatment..kes alep ajis ada jugak zed mencapub nk bantu dptkn rawatan psikologi. Yg si patia semua senyap padahal dah tahap meroyan teruk dah ni sampai nk kluar agama..Geng usrah fitrah pun cuba la mainkan peranan bawak patiya kembali ke pangkal jalan..Heliza helmi n salima korang duduk saje ke?

liyamariska Publish time 22-3-2024 12:43 PM

stop being bitter, belajar memaafkan dan teruskan kehidupan sahaja, fathia...

tembamgirl09 Publish time 22-3-2024 12:44 PM

senangnya hidup, sendiri tkleh handle hidup tiber salahkan org

kerani_je Publish time 22-3-2024 12:44 PM

ReginaGeorge replied at 22-3-2024 11:43 AM
Mudahnya kaidah kau terpesong. Dikecam dihina, lesen utk murtad? Nampak sangat kau gunakan alasan ni ...

Dalam hal ni tak boleh nak salahkan patiya jugak..Dah die sakit mental n rohani. Yg aku heran takde sekor pun geng usrah fitrah retis yg kunun perjuangkan agama tu bantu tekya..Smpai tahap nk kluar agama tekya dah..Bukan kes kecik dah ni..melibatkan akidah n agama dah ni..setakat die mengata org tu ini zahirah, eman tu lantak kan ajer..Ni permainkan tuhan dah ni..

Salima, yatt sejadah n helija helmi sila bergabung tenaga bawak tekya ke pangkal jalan..Klau ada ustaz single yg hensem boleh la perkenalkan pada tekya utk di buat bini agar tekya dpt hidayah berubah bertaubat..
Pages: [1] 2 3
View full version: Jangan sampai aku keluar agama – Fatiya Latiff


ADVERTISEMENT