CARI-HBZ Publish time 21-3-2024 10:18 PM

Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Tiba-Tiba Terbit Rasa Cemburu - "Dalam Mimpi Pula Saya Ada Perasaan Risau Dan Cemburu"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/21/221635ue3hygwhvnn3whii.png





Watie Hanafiah, isteri kepada pelawak Shuib akui kemunculan Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya menerbitkan sedikit rasa cemburu dalam hatinya.


Walaupun hanya mainan tidur, kata wanita berusia 35 tahun itu dia tidak pernah berasa cemburu terhadap arwah namun perasaan tersebut timbul hanya di dalam mimpi tersebut.


Ujar Watie lagi, dia mengambil masa dan berfikir banyak kali sebelum akhirnya berkongsi dengan Shuib bahawa dia ada bermimpi arwah isteri suaminya itu.


"Saya cakap dengan Shuib, dalam mimpi pula saya ada perasaan risau dan cemburu jika arwah ambil suami dan anak-anaknya semula.


"Mungkin dalam realiti tidak cemburu tapi dalam mimpi pula saya macam takut."


https://www.instagram.com/p/C2E5M6UvEC2/


Tambah Watie, dalam mimpi tersebut dia bercakap dengan Sarah tetapi menyembunyikan perasaan cemburu yang dirasainya itu.


Arwah juga muncul bersama bapanya, Raisuddin Hamzah di dalam mimpi itu namun tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya merenung wajahnya.


"Saya terfikir Sarah mahu ambil suami dan anak-anak ke? Tapi saya sorok perasaan itu dan saya cakap dengan Sarah tak mahu jumpa anak-anak ke? Anak-anak rindu Sarah. Tapi Sarah tidak bercakap apa-apa, dia hanya pandang wajah saya."


Watie berkata dia mendapat mimpi tersebut selepas anak perempuannya, Talita ada memberitahu bermimpi arwah ibunya ingin mengambil adik beradik.


"Sebelum itu, Dekta beritahu dia ada mimpi ibu. Ibu cakap nak ambil mereka. Mungkin disebabkan Dekta cerita itu saya terbawa sampai mimpi."


SUMBER : mStar/Beautifulnara

LadyCarefree Publish time 21-3-2024 10:29 PM

Lepas ni Raisudin pulak mimpi. Lepas tu anak sulung mimpi (tak tau nama). Lepas tu bini Raisudin. Lepas tu anak lelaki pula mimpi. Last2 baby tu pun mimpi terus boleh berkata2 sebab nak ceritakan mimpi dia.

Hoola Publish time 21-3-2024 10:48 PM

Edited by Hoola at 22-3-2024 01:00 AM

mai god
nvr ending story mory apalg la oii

babak slps depa ni kwin:
blablabla, kuda, bersama ktika ank2 p sekolh,
mimpi, cemburu

:I:I:I:I{:3_89:}

TerataiMelur02 Publish time 21-3-2024 11:04 PM

Kalau arwah sarah tu boleh bangkit confirm sorang2 dia libas dok jajah nama dia untuk kekal relevan

slyfynx Publish time 22-3-2024 12:07 AM

X sedih ke sepanjang hidup kau, kau sentiasa a second class citizen?

lilcountess Publish time 22-3-2024 12:09 AM

TerataiMelur02 replied at 21-3-2024 11:04 PM
Kalau arwah sarah tu boleh bangkit confirm sorang2 dia libas dok jajah nama dia untuk kekal relevan

kan. asal kena kecam isu apa-apa, tunggang nama arwah. buruk betul perangai

red_velvet Publish time 22-3-2024 01:09 AM

Edited by red_velvet at 22-3-2024 01:11 AM

Jatuh wajibcerita kat khalayak kesetiap kali mimpi arwah ni norsiah oiii... Arwah bibik diorangyg meninggal yg difitnah bawak balik covid masa buang sampah tu takde sape2 nak mimpi ke?? Atok sudin tak takut ke watetek mimpi atok sudin diri sebelah arwah? Kalo dalam drama melayu tu tandapendek umur:lol: .. tak disangkal lgsatu family ni attention seeker.... Hari ni si talita period, habis satu dunia soeb nk bgtau anak dia datang haid for the first time.. siap nangis2 ..apooo??? Si makder pun samalah siap bagitau arwah kat ig anak dara dia da besar... Ala bodooooooooooooooo:I. ..

jiwakacau06 Publish time 22-3-2024 02:32 AM

satu ja nk puji...ank2 shuib nmpk syg sgguh dgn wati ni...semoga bahagia dgn ank2 walaupun poyo

allshares Publish time 22-3-2024 02:53 AM

Dari laki, ke bini baru menunggang nama arwah utk kekal relevan. Dei ada malu ka tara malu.

annadonna Publish time 22-3-2024 03:31 AM

Mod boleh haramkan tak cerita pasal shuib/watie mimpi siti sarah? Ko ingat ni majalah mastika ke nak promote vibes mistik mistik.

Barebow77 Publish time 22-3-2024 06:43 AM

Baru mimpi arwah sarah.dah cemburu..nampak nau low classnya mentality..sekufu betol depa laki bini..

rbmy Publish time 22-3-2024 07:19 AM

takpe create isu utk kekal relevan dalam dunia artis. supaya netizen ada kerja nak pikir pasal mimpi korang. dah la netizen kena pikir pasal talita period .. aduhai. sabar je la

MatDeghem Publish time 22-3-2024 07:22 AM

Penunggang.

#TunggangArwahIsteri


:lol:

babynina30 Publish time 22-3-2024 07:24 AM

Watek ni post 2hari lps, dia pkai dress ketet sebeban tu dia off komen yach instead of archive kan post. Pastu ckp, suami mmg ckp xyh pakai baju tu

Aritu kene skem, ckp suami dh ckp jgn invest. Alaaaa semualahhh suamiiiii. Terpaling bersuamiiii

johan-adx Publish time 22-3-2024 07:41 AM

TerataiMelur02 replied at 21-3-2024 11:04 PM
Kalau arwah sarah tu boleh bangkit confirm sorang2 dia libas dok jajah nama dia untuk kekal relevan

:lol:
rasanya mmg kena libas btul

mamapea Publish time 22-3-2024 07:56 AM

sampah btl...

KamikuP Publish time 22-3-2024 08:03 AM

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk tidak mencerca POSTING INI. aaMIN

MadameOnion Publish time 22-3-2024 08:15 AM

sampah bersilikon

justchu Publish time 22-3-2024 08:20 AM

hakak rasa selagi bernyawa,
2 ekoq ni akan guna nama arwah
utk kekal relevan

kematian yg dijadikan content seumur hidup
udah2 la..org tu dah lama meninggal
bulan depan kalo sendu, ada drama lg

MistrezHermanaz Publish time 22-3-2024 08:55 AM

red_velvet replied at 22-3-2024 01:09 AM
Jatuh wajibcerita kat khalayak kesetiap kali mimpi arwah ni norsiah oiii... Arwah bibik diorang...

aiyooo period pun nk gtau satu dunia
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Tiba-Tiba Terbit Rasa Cemburu - "Dalam Mimpi Pula Saya Ada Perasaan Risau Dan Cemburu"


ADVERTISEMENT