mattzzx Publish time 21-3-2024 05:17 PM

Aliyu taruhan utama benteng NSFC

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Abubakar_Aliyu_1711009262.jpg
ALIYU (dua dari kanan) ketika sesi latihan di Port Dickson, baru-baru ini. FOTO Ihsan NSFC

Seremban: Sejauh mana kekuatan bahagian pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC) musim ini dapat dipertahankan seperti mana dua musim lalu, dengan kehadiran pemain berpengalaman dari Nigeria, Aliyu Abu Bakar.

Aliyu antara empat pemain import yang diumumkan kelab berkenaan setakat ini dan hampir pasti pemain terbabit bakal menggalas cabaran besar di posisi pertahanan tengah pasukan berkenaan.

Pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu, skuad Hobin Jang Hobin menyandarkan harapan kepada Herold Mark Goulon dari Perancis.

Terbukti pemain bertubuh sasa itu berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan bukan sahaja di posisi berkenaan, malah Goulon turut berupaya menjaringkan lima gol sepanjang musim lalu.


Peminat pasukan itu hampir pasti mahu melihat kelibat Aliyu lebih terserlah mengambil kira pengalaman dan reputasi pemain berusia 27 tahun itu, bukan sahaja dengan kelab yang disertainya, malah pernah membantu Nigeria memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) pada tahun 2013.

"Kedatangan Aliyu ke Negeri Sembilan FC menjadi satu tambahan yang signifikan kepada pasukan ini, dengan membawa bersama reputasi dan pengalaman yang luas dalam saingan antarabangsa.

"Sebelum bergabung dengan Negeri Sembilan FC, Aliyu beraksi dalam beberapa kelab antarabangsa.

"Beliau pernah menyertai Khan Tengri FC dalam saingan Liga Premier Kazakhstan, di mana beliau telah beraksi lebih daripada 38 perlawanan pada musim 2023.

"Pengalaman bermain di liga yang berbeza membuktikan kebolehan dan ketangkasan Aliyu sebagai seorang bek tengah yang berkualiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus.

Sebagai rekod, Aliyu yang memiliki ketinggian 1.88 meter pernah menyertai beberapa kelab antarabangsa antaranya FC Dila (Georgia), Kemi Kings, FK Slutsk (Belarus), Olimpik Donestk (Ukraine), Radnik Hadzici (Bosnia-Herzegovina), Shakhtar Karagandar, Zhetysu, dan Okzhetpes (Kazakhstan).

Kebolehannya menyesuaikan diri dengan persekitaran dan gaya permainan yang berbeza menunjukkan keanjalan serta keupayaan taktikal yang penting dalam dunia bola sepak profesional.

Malah, kedatangan Aliyu juga menandakan peningkatan dalam kualiti Liga M, dengan beliau menjadi pemain ketiga yang pernah beraksi di liga Finland beraksi di liga negara ini, selepas Nooa Laine (Selangor FC) dan Murilo (JDT FC).
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1072477/aliyu-taruhan-utama-benteng-nsfc
Pages: [1]
View full version: Aliyu taruhan utama benteng NSFC


ADVERTISEMENT