sfhzuraz Publish time 21-3-2024 05:04 PM

13 kru atas dua bot nelayan ditahan guna pukat lohong

13 kru atas dua bot nelayan ditahan guna pukat lohong


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 21, 2024 @ 4:49pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1711009919_1711010939.jpg
Satu daripada bot nelayan yang ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Tikus, di sini, awal pagi tadi. - Foto ihsan Maritim Malaysia



GEORGETOWN: Tiga belas kru di atas dua bot nelayan tempatan ditahan Agensi Pertahanan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat lohong di perairan negeri.
Semua kru berusia antara 22 hingga 52 tahun itu ditahan menerusi Operasi Khas Pagar Laut susulan aduan orang awam.
Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Tikus, di sini, pada jam 12.10 awal pagi tadi.
"Pemeriksaan pada bot pertama mendapati enam kru adalah warga tempatan, manakala tujuh kru warga asing ditemukan pada bot kedua.
"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak didaftarkan di dalam buku lesen (pukat lohong)," katanya menerusi kenyataan.
13 kru atas dua bot nelayan ditahan guna pukat lohong (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: 13 kru atas dua bot nelayan ditahan guna pukat lohong


ADVERTISEMENT