sfhzuraz Publish time 21-3-2024 04:29 PM

Mangsa samun langgar mati suspek: Polis tahan dua lelaki

Mangsa samun langgar mati suspek: Polis tahan dua lelaki


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gari_1711007596.jpg
GAMBAR hiasan



Alor Setar: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang suspek maut dilanggar dengan kereta oleh mangsa yang cuba disamunnya di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan secara berasingan di Mergong dan Jitra pada hari kejadian.
Katanya, mereka direman enam hari bermula semalam hingga Isnin untuk siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
"Manakala mangsa yang menyebabkan kematian suspek dan disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan direman empat hari bermula semalam hingga Sabtu," katanya.
Dalam kejadian 6.39 pagi itu, seorang lelaki nekad memecut keretanya sebelum melanggar seorang daripada tiga suspek yang cuba menyamun dan memukul cermin keretanya.


Disiarkan pada: Mac 21, 2024 @ 3:53pm
Mangsa samun langgar mati suspek: Polis tahan dua lelaki (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Mangsa samun langgar mati suspek: Polis tahan dua lelaki


ADVERTISEMENT