mattzzx Publish time 21-3-2024 04:06 PM

Nafuzi puas hati komitmen pemain

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kda_1711002120.jpg
PEMAIN Kedah gigih jalani latihan di Stadium Majlis Perbadaran Kubang Pasu (MPKB). FOTO KDA FC

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sudah melengkapkan senarai barisan pemain tempatan yang akan beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurut Ketua Jurulatih KDA FC Nafuzi Zain, senarai 20 pemain bersama Sang Kenari berdasarkan kemampuan perbelanjaan kelab yang mengamalkan penjimatan musim ini berbanding hampir 25 pemain pada musim lalu.

Pemain tersenarai setakat ini ialah Kalamullah Al-Hafiz, Ifwat Akmal dan Fikri Che Soh, Akmal Zahir, Loqman Hakim, Irfan Zakaria, Rizal Ghazali, Wan Amirul Afiq, Kamil Akmal, Ariff Farhan, Zambri Pin, Heshamudin Ahmad, Amirul Hisyam, Fazrul Danel, Halim Shaari, Syafiq Ahmad, Fayadh Zulkifli , Aiman Afif dan dua pemain terbaru iaitu Afeeq Ikmal danFaiz Nasir.

"Pemain tempatan sudah memulakan latihan hampir dua minggu lalu dan saya lihat dengan komitmen dan kesungguhan ditunjukkan saya begitu berpuas hati.



"Kita ada beberapa peringkat latihan yang akan dilalui dan kita sedang melihat perkembangan itu bagi memastikan tahap keserasian berada pada tahap disasarkan," katanya.

Nafuzi juga berkata kemasukan beberapa pemain penting seperti Syafiq Ahmad, Zamri Pin, Irfan Zakaria dan Faiz Nasir dilihat satu keperluan bagi memastikan kekuatan Sang Kenari berada pada tahap terbaik.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1072424/nafuzi-puas-hati-komitmen-pemain
Pages: [1]
View full version: Nafuzi puas hati komitmen pemain


ADVERTISEMENT