mattzzx Publish time 21-3-2024 04:05 PM

Mamut tak rela Akinade jadi 'perampas'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mut_1711003709.jpg
MAMUT akui berdepan saingan Akinade untuk merebut tempat dalam kesebelasan TFC.

Kuala Terengganu: Penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut melihat kehadiran Ismaheel Akinade mampu memberikan saingan lebih sengit buatnya untuk memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Jelas pemain kelahiran Croatia itu, Akinade yang beraksi cemerlang bersama Kelantan United FC pada musim lalu juga mampu memberikan impak positif dalam pasukan.

"Penyerang dari Nigeria itu seorang pemain bagus dan berkualiti sebagaimana ditampilkan ketika bersama bekas pasukannya pada musim lalu.

"Jadi saya melihat kehadirannya bukan sahaja mampu memperkasakan lagi pasukan, malah bakal memberikan saingan lebih sengit kepada saya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.


"Saya harap sesiapapun datang ke sini (TFC) mampu membantu untuk melonjakkan lagi pencapaian pasukan pada musim ini," ujar pemain yang bakal memasuki musim kedua bersama skuad Penyu.

Musim lalu, Mamut yang dipanggil dengan nama 'Wan Mamut' oleh peminat setia menjadi senjata utama skuad Penyu di jentera serangan selepas penyerang kelahiran Thailand, Adisak Kraisorn gagal memperagakan aksi terbaiknya selain kerap mengalami kecederaan.

Ketika ditanya azamnya pada musim ini, penyerang berusia 27 tahun itu yang membantu skuad Penyu muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu tekad untuk sekurang-kurangnya merangkul satu trofi kejuaraan pada musim ini.

"Secara peribadi saya harap kita akan buat lebih baik berbanding musim lalu, musim lepas juga sangat bagus dengan berjaya mara ke final, tapi kurang menyerlah dalam saingan Liga Super.

"Kini memasuki musim kedua bersama TFC, saya lebih bersedia dan pastinya akan bagi yang terbaik dalam setiap perlawanan tidak kira saingan apapun dan pada masa sama mengharapkan rakan sepasukan mempunyai keazaman sama," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1072429/mamut-tak-rela-akinade-jadi-perampas
Pages: [1]
View full version: Mamut tak rela Akinade jadi 'perampas'


ADVERTISEMENT