EJALTI Publish time 21-3-2024 11:16 AM

Saya takkan minta maaf, Isham beritahu Farhash berkait video HeiTech Padu

Saya takkan minta maaf, Isham beritahu Farhash berkait video HeiTech Padu

https://www.freemalaysiatoday.co ... video-heitech-padu/

FMT Reporters
21 Mar 2024, 10:31 AM

https://media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2024/03/4597ecf2-isham-jalil-n-farhash-collage-210324.webp
Isham Jalil berkata ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengelak menjawab soalannya.

Bekas ketua penerangan Umno itu berkata, soalannya berhubung pembelian saham ahli perniagaan itu dalam HeiTech Padu Bhd ialah isu kepentingan awam.

PETALING JAYA: Bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil enggan memohon maaf kepada Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung video mempersoalkan berita ahli perniagaan itu muncul pemegang saham besar dalam penyedia perkhidmatan teknologi HeiTech Padu Bhd.

Isham berkata beliau yakin dirinya “di pihak yang benar” selepas Farhash menyampaikan surat tuntutan kepadanya semalam.

Beliau mendakwa Farhash mengelak menjawab soalannya.

“Jika kamu yakin kamu tidak bersalah, senang sahaja, jawab sahaja soalan saya, bukan suruh saya padam posting (di TikTok),” katanya dalam kenyataan sambil menambah ia adalah isu kepentingan awam.

Soalannya ialah: adakah Farhash mendapat maklumat dalaman penyedia perkhidmatan teknologi akan disenarai pendek untuk kontrak kerajaan sebelum membeli saham HeiTech Padu; adakah beliau mempengaruhi keputusan kerajaan memberikan kontrak kepada syarikat itu dan hubungannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Farhash memberi tujuh hari untuk Isham memohon maaf, menarik balik kenyataan dikatakan bersifat fitnah, memadam serta menurunkan video itu di TikTok. Katanya, beliau juga sedang menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Isham bagaimanapun mendakwa video itu sudah diturunkan oleh TikTok.

Minggu lalu, Farhash muncul pemegang saham utama HeiTech Padu selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyedia perkhidmatan teknologi itu.

Dalam makluman di Bursa Malaysia Khamis lalu, HeiTech Padu mengumumkan ia mendapat lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta untuk perkhidmatan menyelenggara sistem imigresen MyIMMs.

Kelmarin, bekas setiausaha politik Anwar itu menolak kebimbangan berlaku amalan “kroni”, selain mempertahankan pegangan sahamnya di HeiTech Padu dengan berkata ia sebahagian strategi untuk membantu syarikat Bumiputera.

tumpanglalu74 Publish time 22-3-2024 12:38 AM

Dah hapgred jadik proxy la kot..Dulu kulibatak.

kemaruk Publish time 22-3-2024 12:54 AM

isham jalil nih jauh lebih hebat dari kaki sembang rafizi

graduan harvard, background economy dan MBA

ada aura2 najib kalau isham ni pegang jawatan berkaitan ekonomi, atau PM kelak

@shamsadis

Mahathirina Publish time 22-3-2024 01:20 AM

kemaruk replied at 22-3-2024 12:54 AM
isham jalil nih jauh lebih hebat dari kaki sembang rafizi

graduan harvard, background economy dan M ...

Sama2 Harvard la ye.Tapi si Salvador ni dah abih PhD ke belum?

kemaruk Publish time 22-3-2024 01:23 AM

Mahathirina replied at 22-3-2024 01:20 AM
Sama2 Harvard la ye.Tapi si Salvador ni dah abih PhD ke belum?

bangkem baru tau si salvador ni pon dari harvard

bukan calang2 jugak ler orangnya

Mahathirina Publish time 22-3-2024 01:25 AM

kemaruk replied at 22-3-2024 01:23 AM
bangkem baru tau si salvador ni pon dari harvard

bukan calang2 jugak ler orangnya

Tapi dengarnya dia masuk pakai kabel Bung Nuar.

shamsadis Publish time 22-3-2024 07:59 AM

kemaruk replied at 22-3-2024 12:54 AM
isham jalil nih jauh lebih hebat dari kaki sembang rafizi

graduan harvard, background economy dan M ...

betul tu :lol:

s@s@ Publish time 22-3-2024 10:22 AM

parti ini parti derita....

supernaturalee Publish time 22-3-2024 11:36 AM

salvador tu nama die betul ke


Salvador is a divine boy's name of Mexican origin. Meaning “savior,” this moniker is commonly used in reference to the Messiah, or Christ, in Hispanic communities.

brown_pupil Publish time 22-3-2024 11:58 AM

supernaturalee replied at 22-3-2024 11:36 AM
salvador tu nama die betul ke




nama betul..

parents dia ada suku sakat filipin..

brown_pupil Publish time 22-3-2024 12:02 PM

kalau lah iols tau dia akan kaya sekarang, patut masa sekolah dulu iols ajak dia kapel :lol:

supernaturalee Publish time 22-3-2024 12:07 PM

brown_pupil replied at 22-3-2024 11:58 AM
nama betul..

parents dia ada suku sakat filipin..

tp bkn suluk kan?
{:questiono

brown_pupil Publish time 22-3-2024 12:08 PM

supernaturalee replied at 22-3-2024 12:07 PM
tp bkn suluk kan?

bukan.

just aku x ingat belah mak atau ayah dia , or both.

johan-adx Publish time 22-3-2024 12:32 PM

kemaruk replied at 22-3-2024 12:54 AM
isham jalil nih jauh lebih hebat dari kaki sembang rafizi

graduan harvard, background economy dan M ...

tp dia tlalu bpaut pd kaki jibby
dia bijak,ada rupa dan talent kena create karakter sendiri

B40tastePosh Publish time 22-3-2024 12:40 PM

kemaruk replied at 22-3-2024 12:54 AM
isham jalil nih jauh lebih hebat dari kaki sembang rafizi

graduan harvard, background economy dan M ...

Kempen kat Shah Alam guna English....tak bertempat...tu pasal kalah kan

B40tastePosh Publish time 22-3-2024 12:41 PM

supernaturalee replied at 22-3-2024 11:36 AM
salvador tu nama die betul ke




Savior of the Malays saham{:mlblossom:}

B40tastePosh Publish time 22-3-2024 12:41 PM

brown_pupil replied at 22-3-2024 12:02 PM
kalau lah iols tau dia akan kaya sekarang, patut masa sekolah dulu iols ajak dia kapel

Mesti dimadukan punyer

Bergosip Publish time 22-3-2024 01:01 PM

HeiTech Padu daru dulu lagi memang pegang projek kerajaan. kaya betul boleh beli saham HeiTech

brown_pupil Publish time 22-3-2024 01:25 PM

B40tastePosh replied at 22-3-2024 12:41 PM
Mesti dimadukan punyer

Dia masa zaman sekolah memang setia dengan 1 girl saja.. cantik la budak junior tu. Anak somebody jugak. Tapi entah kenapa tak end up dengan budak tu.

So kalau iols ngorat dia dulu, konfirm x dimadukan :lol:

B40tastePosh Publish time 22-3-2024 01:45 PM

brown_pupil replied at 22-3-2024 01:25 PM
Dia masa zaman sekolah memang setia dengan 1 girl saja.. cantik la budak junior tu. Anak somebody...

Doa sekolah kat mana uols...ramai org kaya ke kat situ...nak suruh anak iols sekolah situ la ngorat sorang anak T20
Pages: [1] 2
View full version: Saya takkan minta maaf, Isham beritahu Farhash berkait video HeiTech Padu


ADVERTISEMENT