mattzzx Publish time 21-3-2024 10:27 AM

Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F20%2F2602027.png
Jungkook berkhidmat sebagai tukang masak tentera.

SELEPAS tiga bulan menjalani latihan ketenteraan, anggota kumpulan BTS Jungkook dilaporkan diberi tugas baharu iaitu sebagai tukang masak.

Sumber memaklumkan penyanyi berusia 27 tahun itu diberi tanggungjawab berkenaan kerana Jungkook sememangnya pandai memasak.

Malah rakan-rakan satu unit dengannya dalam kem tersebut menyukai masakan dibuat Jungkook.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/20/2602028.png

Jungkook kerap memasak untuk anggota BTS yang lain.

Sebelum ini juga, Jungkook sering mempamerkan kemahiran memasak kepada peminat dan tidak lokek berkongsi resipi menerusi Instagram dan Weverse.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Seven itu menerusi Weverse memberitahu peminat dia kini giat bersenam selain menjalankan tugas hakiki dalam kem.

"Saya sedang bekerja keras untuk bersenam dan membersihkan kawasan kem hingga ke siling.


"Saya turut memasak dengan baik," katanya.

Jungkook merupakan antara ahli BTS yang terakhir menyertai kem latihan tentera iaitu pada Disember tahun lalu di kem latihan Yeoncheon, Korea.

Kumpulan kpop sensasi itu dijangka bakal membuat kemunculan semula pada Jun 2025 selepas Jungkook dan Jimin menamatkan latihan mereka.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/21/cekap-tugas-di-dapur-jungkook-bts-galas-tugas-memasak-di-kem-tentera

Yoonggi Publish time 21-3-2024 01:43 PM

dia mmg suka mkn dan suka masak pun, jd xpa la. tp banding dgn members yg lain, aku rasa dia x secemerlang yg lain dlm miltary ni. but then, tu based on apa articles yg ada la. cth mcm Jimin, br ni masuk yg apanama tuh military fire direction ka apa, taehyung plak kan mmg masuk elite squad, rm pun ada achieved sth, jin dgn hobi pun excel.

fatim0050 Publish time 21-3-2024 02:30 PM

Yoonggi replied at 21-3-2024 01:43 PM
dia mmg suka mkn dan suka masak pun, jd xpa la. tp banding dgn members yg lain, aku rasa dia x secem ...

Yang i baca , jungkook ni injured during training. knee injury. maybe la sebab tu dia tukar devision.sebelum ni sama dengan jimin. yang penting my baby happy and healthy kat dalam tu. jadi tukang masak ke tukang cuci ke apa ka i beleived jungkook akan sungguh2 buat tugasan dia. {:1_529:}

Yoonggi Publish time 21-3-2024 02:54 PM

fatim0050 replied at 21-3-2024 02:30 PM
Yang i baca , jungkook ni injured during training. knee injury. maybe la sebab tu dia tukar devisi ...

dorang dua join as companion soldier kan hr tu? ingatkan akan masuk sama division. kiranya dah beza la kan division dorg

fatim0050 Publish time 21-3-2024 03:06 PM

Yoonggi replied at 21-3-2024 02:54 PM
dorang dua join as companion soldier kan hr tu? ingatkan akan masuk sama division. kiranya dah bez ...

ha ah. now dah tak sama. sebelum ni both under artilery department tu
Pages: [1]
View full version: Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera


ADVERTISEMENT